Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tentera Rusia kembali ke pangkalan selepas tamat latihan -

Tentera Rusia kembali ke pangkalan selepas tamat latihan

TENTERA Daerah Selatan Rusia kembali ke pangkalan mereka selepas tamat latihan di Crimea, kata jurucakap daerah itu, Vadim Astafyev, pada Selasa, lapor Sputnik.

“Unit-unit Tentera Daerah Selatan, yang menamatkan latihan taktikal di Semenanjung Crimea, mula kembali ke penempatan tetap mereka,” kata jurucakap itu kepada pemberita.

Sementara itu, jurucakap Kremlin Dmitry Peskov berkata bukanlah perkara luar biasa untuk tentera kembali ke pangkalan selepas menamatkan latihan, ketika ditanya sama ada tindakan tersebut bertujuan mengurangkan ketegangan.

Terdahulu, Kementerian Pertahanan Rusia berkata unit tentera selatan dan barat telah mula menghantar pulang tentera ke penempatan tetap.

“Kami selalu menyatakan bahawa selepas latihan tamat, peringkat tersebut mesti diselesaikan dalam jangka masa tertentu, termasuk tentera kembali ke penempatan tetap. Tiada apa yang baharu di sini. Ia satu proses biasa,” kata Peskov. – BERNAMA