Tag: Rusia
-
Pesawat tentera Rusia terhempas di kawasan kediaman ragut tiga nyawa
TIGA orang terkorban manakala 19 lagi cedera selepas jet pejuang Su-34 Rusia terhempas di bandar Yeysk di wilayah Krasnodar, Rusia pada Isnin, lapor Xinhua memetik agensi berita TASS. Pesawat itu terhempas ketika menjalani latihan penerbangan dan juruterbang sempat melenting keluar dengan selamat sebelum nahas, menurut memetik Kementerian Pertahanan Rusia. Jet pejuang itu terhempas di bangunan…
-
Republic Czech dipilih ganti Rusia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia
PERHIMPUNAN Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memilih Republik Czech menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Rusia, yang digantung keahliannya, lapor Xinhua. Perhimpunan Agung pada 7 April menerima pakai resolusi untuk menggantung keahlian Rusia dalam Majlis Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Geneva selepas Rusia melancarkan “operasi ketenteraan khas”…
-
Isu keselamatan makanan tidak selesai tanpa Rusia, Ukraine, Belarus kembali ke pasaran dunia
ISU keselamatan makanan global tidak akan dapat diselesaikan tanpa Ukraine, Rusia dan Belarus kembali ke pasaran dunia, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres pada Rabu. “Masalah itu tidak akan selesai tanpa membawa kembali Ukraine sebagai pengeluar hasil pertanian dan makanan manakala Rusia dan Belarus pembuat baja utama kembali ke pasaran dunia. “Saya berazam untuk berusaha…
-
Kapal Movska Rusia karam
RUSIA pada Khamis berkata kapal utama armadanya di Laut Hitam, kapal penjelajah peluru berpandu Moskva, tenggelam dalam laut bergelora ketika ia ditunda ke pelabuhan selepas rosak akibat letupan. Moskva hilang kestabilan berikutan kerosakan serius pada badan kapal selepas peluru di atas kapal itu meletup, kata Kementerian Pertahanan Rusia, sambil menambah anak-anak kapal dipindahkan ke kapal lain, lapor…
-
Tentera Rusia terdedah radiasi
TENTERA Rusia dikhuatiri terdedah kepada radiasi selepas mereka menguasai kawasan sekitar tapak loji janakuasa nuklear Chernobyl sejak empat minggu lalu, kata pegawai Ukraine. Kenderaan yang digunakan tentera Rusia juga berkemungkinan meningkatkan debu radioaktif dan menjejaskan kesihatan askar yang mengorek parit di kawasan teruk dicemari, menurut agensi nuklear Ukraine, Energoatom. Loji janakuasa itu, yang juga tapak…
-
Rundingan damai Ukraine – Rusia pusingan seterusnya di Istanbul
MESYUARAT rundingan damai yang seterusnya antara Rusia dan Ukraine akan diadakan di Istanbul, Turki, dan dipersetujui presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatannya dari Rusia Vladimir Putin pada Ahad. Erdogan dan Putin membincangkan perkembangan terkini dan proses rundingan damai krisis Rusia-Ukraine menerusi perbualan telefon, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Komunikasi Turki. Erdogan menegaskan…
-
Lebih 9,000 penduduk dipindahkan dari Ukraine dalam tempoh 24 jam
SERAMAI 9,145 orang dipindahkan melalui koridor kemanusiaan di Ukraine dalam tempoh 24 jam terakhir, lapor media Ukraine lewat Jumaat. Sembilan koridor bantuan kemanusiaan dibuka pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita negara Ukrinform. “Seramai 4,972 orang, termasuk 1,124 kanak-kanak, dipindahkan dari tenggara wilayah Mariupol ke bandar tenggara Zaporizhia,” kata Timbalan Ketua Pejabat Presiden Ukraine Kyrylo Tymoshenko…
-
Ukraine, Rusia mungkin capai persetujuan rundingan damai dalam tempoh seminggu
PENASIHAT Penasihat Presiden Ukraine, Mykhailo Podolyak pada Khamis berkata Ukraine dan Rusia kini ke arah mencapai persetujuan rundingan damai dan mungkin mengambil masa kira-kira seminggu untuk dimeterai, lapor agensi berita Xinhua, memetik media dalam talian Ukraine, Liga.net. Kyiv mahu menetapkan syarat secara terperinci bagi pengunduran tentera Rusia dari Ukraine menerusi perjanjian damai itu, kata Podolyak. Beliau yang…
-
Zelensky senarai tuntutan sebelum bertemu Rusia
PRESIDEN Ukraine pada Rabu mengulangi kenyataan bahawa jaminan kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine adalah penting, susulan rundingan damai yang sedang berlangsung dengan Rusia, lapor Agensi Anadolu. “Keutamaan saya dalam rundingan ini amat jelas: menamatkan perang, jaminan terhadap keselamatan, kedaulatan, pemulihan integriti di wilayah, serta jaminan perlindungan terhadap negara kita,” kata Volodymyr Zelenskyy menerusi video yang…
-
YouTube sekat saluran media Rusia di seluruh dunia
PEMILIK aplikasi video, YouTube pada Jumaat mengumumkan pihaknya menyekat saluran media yang menyokong dan mempunyai kaitan dengan Rusia di seluruh dunia. Saluran YouTube RT dan Sputnik mula disekat di seluruh Eropah minggu lepas, lapor Agensi Anadolu. “Kini, kami mengeluarkan kandungan berkaitan tindakan Rusia di Ukraine yang melanggar dasar,” menurut YouTube menerusi ciapan Twitternya, sambil menambah…