Kapal Movska Rusia karam

0
275

RUSIA pada Khamis berkata kapal utama armadanya di Laut Hitam, kapal penjelajah peluru berpandu Moskva, tenggelam dalam laut bergelora ketika ia ditunda ke pelabuhan selepas rosak akibat letupan.

Moskva hilang kestabilan berikutan kerosakan serius pada badan kapal selepas peluru di atas kapal itu meletup, kata Kementerian Pertahanan Rusia, sambil menambah anak-anak kapal dipindahkan ke kapal lain, lapor Xinhua.

Moskva “rosak teruk” disebabkan letupan peluru di atas kapal akibat kebakaran, tetapi ia kekal terapung selepas api dipadamkan, kata kementerian itu.

Gabenor Wilayah Odessa Ukraine Maksim Marchenko pada Rabu berkata di Telegram bahawa pengawal sempadan Ukraine di Snake Island menggunakan peluru berpandu jelajah anti-kapal Neptune untuk membedil  kapal penjelajah peluru berpandu itu sehingga mengalami kerosakan yang “sangat serius.” – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here