Seorang parah, 5 cedera ringan tongkang terbakar

0
407

SEORANG pekerja dilaporkan parah manakala lima yang lain cedera ringan selepas sebuah tongkang terbakar dalam kejadian di Gat Lebuh Macallum, Pengkalan Weld, Pulau Pinang pagi tadi.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 10.54 pagi sebelum bergegas dan tiba di lokasi kejadian kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, kebakaran itu melibatkan sebuah tongkang dengan anggaran peratusan kemusnahan kira-kira 20 peratus.

“Terdapat enam mangsa terlibat dalam kejadian itu dengan seorang daripada mereka mengalami kecederaan parah dan diberi rawatan awal di lokasi kejadian.

Kebakaran dapat dikawal pukul 11.08 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya pukul 11.30 pagi.

“Sementara itu, lima mangsa lagi mengalami kecederaan ringan pada bahagian tangan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut jurucakap itu, kebakaran dapat dikawal pukul 11.08 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya pukul 11.30 pagi.

Ujarnya, operasi pemadaman turut dibantu pasukan bomba sukarela (PBS) berdekatan dan kerja-kerja ‘overhaul’ masih dijalankan ketika ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here