PRN Sarawak: Ali Biju berkempen, minta pengundi pilih calon GPS

0
317

SETELAH mengumumkan penarikan diri daripada bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian semalam, Datuk Ali Biju hari ini berkata beliau akan berkempen secara aktif bermula Ahad bagi membantu calon Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Naib Pengerusi Bersatu Sarawak itu berkata beliau akan menerangkan kenapa langkah untuk berundur daripada pilihan raya berkenaan dibuat, agar pengundi dan penyokong tahu bahawa keputusan itu adalah bagi kebaikan semua pihak. 

”Saya akan ke kampung-kampung dan setiap rumah panjang dan terangkan kepada pengundi supaya tidak perlu pangkah saya, pangkah calon GPS.

“Ini saya akan buat semasa saya berjumpa pengundi di peringkat akar umbi,” kata Ali, yang merupakan penyandang kerusi Krian, pada sidang media di sini hari ini. 

Semalam Ali yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata keputusan itu adalah bagi memelihara muafakat serta memperkukuh hubungan antara Perikatan Nasional (PN) dan GPS.

Semasa penamaan calon pada Isnin, Ali membuat kejutan apabila tampil bertanding sebagai calon Bebas di Krian, bertentangan dengan pendirian Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memutuskan parti itu tidak bertanding pada PRN kali ini, sebaliknya memberi sokongan kepada GPS. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here