Polis tahan dua lelaki, kurang 4 jam bunuh kontraktor

0
350

POLIS berjaya menahan dua lelaki dalam tempoh kurang empat jam selepas disyaki membunuh seorang kontraktor di Kampung Idaman, Klang, Selangor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata kedua-dua suspek yang berusia 33 tahun ditahan di sekitar Klang dan Shah Alam.

Beliau berkata dalam kejadian pada kira-kira 12.30 tengah hari itu, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 69 tahun ditikam di hadapan rumahnya ketika hendak menunaikan solat Jumaat dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek yang merupakan penganggur dan bekerja sendiri itu mengenali mangsa.

“Polis turut menemukan senjata yang dipercayai digunakan untuk menikam warga emas berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Cha berkata suspek utama kes itu memiliki satu rekod jenayah lampau dan dua rekod dadah.

Beliau berkata kedua-duanya akan dibawa ke Mahkamah Majistret Klang esok untuk permohonan reman.- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here