Calon PN yakin tawan Ayer Molek, Bukit Katil

0
436

PERIKATAN Nasional (PN) yakin ‘menawan’ kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)  Ayer Molek dan DUN Bukit Katil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

Calon PN bagi kerusi Ayer Molek, Mohd Fadly Samin dan Muhammad Al Afiz Yahya di Bukit Katil berkata keyakinan berkenaan adalah berasaskan kajian lapangan yang dijalankan jentera parti itu.

Menurut kedua-calon berkenaan, 70 peratus pengundi di Ayer Molek dan 60 peratus pengundi di Bukit Katil mahukan perubahan.

“Mereka juga mahukan calon muda dan saya menawarkan khidmat saya sebagai calon muda terutama untuk menyelesaikan isu anak muda yang dianaktirikan,” katanya Mohd Fadly pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Fadly berkata, isu pendidikan dan banjir juga menjadi fokus khidmatnya sekiranya beliau diberi mandat di kawasan itu.

Mohd Fadly berdepan saingan empat penjuru menentang Datuk Rahmad Mariman yang juga penyandang daripada Barisan Nasional (BN), Ahmad Muaz Idris (Bebas) dan Mohd Rafee Ibrahim (Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, Muhammad Al Hafiz berkata tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau berdepan cabaran hebat di Bukil kerana berdepan bekas ketua menteri Adly Zahari sebagai momokan parti lawan semata-mata.

“Kita dah pernah duduk dalam PH, kita tahu bagaimana mereka bekerja, parti tertentu yang kerusi lebih kecil hanya boneka kepada parti yang lebih dominan, walaupun dikatakan prestasi Adly baik, tetapi saya yakin 60 peratus, PN boleh menang di Bukit Katil,” katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Melaka.

Muhammad Al Hafiz berkata isu keselamatan dan banjir akan tumpuannya di kawasan itu.

Selain Adly dari PH, Muhammad Al Hafiz akan berdepan dengan Datuk Hasnoor Sdg Husin (BN) dan Abdul Hamid Mustapah (Bebas). – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here