PN tubuh jawatankuasa bebas pastikan ikrar dilaksana gigih dan telus

0
314

PERIKATAN Nasional (PN) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas bagi memantau dan memastikan semua ikrar parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka direalisasikan.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa tersebut akan dianggotai anak-anak Melaka dalam kalangan tenaga profesional dan berpengalaman.

“Ini adalah manifestasi kesungguhan Perikatan Nasional agar semua ikrar direalisasikan melalui usaha yang gigih dan telus,” katanya ketika berucap melancarkan Ikrar PN Untuk Melaka di Glenmarie Shah Alam hari ini

Baca berita berkaitan: Ikrar PN: Jamin ekonomi Melaka utuh, mampan
Baca berita berkaitan: Ikrar PN: Meletakkan Melaka dalam ranking 3 negeri terbaik peperiksaan awam
Baca berita berkaitan: Ikrar PN: Pulih, rancak kembali pelancongan Melaka
Baca berita berkaitan: Ikrar PN: Tingkatkan penggunaan teknologi hijau demi kelestarian alam sekitar
Baca berita berkaitan: Ikrar PN: Atasi masalah banjir, kesesakan lalu lintas, akses internet
Baca berita berkaitan: Ikrar PN: Tawar kepimpinan berintegriti, prihatin rakyat

Muhyiddin berkata, Melaka mempunyai sejarah kegemilangannya dan semangat serta kekuatan itu masih ada dalam diri warga negeri Melaka.

Bagaimanapun katanya, semangat dan kekuatan ini tidak diterjemah dan dimanafaatkan sepenuhnya oleh pimpinan kerajaan negeri sebelum ini.

“Saya percaya perang politik yang berterusan dalam kalangan mereka sendiri menyebabkan hasrat untuk memaju dan mengembalikan kegemilangan Melaka terbantut.

“Cukuplah pengalaman pahit yang saudara dan saudari serta kita semua lalui sebelum ini.

“Untuk kali ini, saya menyeru agar seluruh rakyat Melaka bersatu hati dan memberi mandat kepada Perikatan Nasional untuk bersama-sama melakarkan satu sejarah baharu – Melaka Kembali Bangkit Gemilang,” katanya.

Muhyiddin mengakhiri ucapan dengan mengajak hadirin menadah tangan memanjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t. moga-moga hasrat murni PN itu dikabulkan oleh Allah jua.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Engkau tiupkanlah semangat penyatuan dan perpaduan dalam kalangan kami,

Engkau perteguhkanlah jiwa dan raga kami untuk bersama-sama berjuang membela nasib bangsa dan tanah air kami dengan penuh kejujuran, ketelusan dan kebersihan hati demi mengembalikan kegemilangan sebuah negeri yang padanya bermula sejarah peradaban tanah air yang kami cintai

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Engkau pertautkanlah hati-hati kami dalam semangat persaudaran-Mu,
Engkau tetapkan hati-hati kami agar terus berada di jalan yang diredhai oleh-Mu,
Engkau kurniakanlah kejayaan dan kemenangan kepada kami, Ya Allah,
Agar dapat kami bina sebuah tanah air yang maju, makmur dan sentosa,
Tanah air yang gemilang dan dilimpahi rahmat keampunan-Mu, Ya Allah

Baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here