Ikrar PN: Atasi masalah banjir, kesesakan lalu lintas, akses internet

0
271

PERIKATAN Nasional (PN) memahami rintihan rakyat negeri Melaka mengenai isu masalah banjir, kesesakan lalu lintas, serta akses internet yang sudah berlarutan sejak sekian lama tanpa sebarang penyelesaian kunjung tiba.

Menyelami keperitan yang perlu dilalui oleh rakyat di negeri Melaka, PN berikrar akan memperkukuh penyediaan infrastruktur yang cekap, termasuk pembinaan dan naik taraf jalan serta naik taraf sistem saliran dan tebatan banjir.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelan induk penyuraian trafik juga akan disediakan bagi melancarkan lalu lintas terutamanya di kawasan tumpuan pelancong.

“Sejajar dengan keperluan akses Internet sepanjang masa, perluasan liputan Internet 5G akan dipercepatkan dan kemudahan hotspot wifi secara percuma disediakan di tempat tterpilih seperti pusat pelancongan, perniagaan dan pendidikan,” katanya ketika berucap pada pelancaran Ikrar PN Untuk Melaka di Glanmerie Shah Alam, hari ini.

Baca berita berkaitan: Perikatan Nasional ikrar bawa Melaka Bangkit Gemilang
Baca berita berkaitan: PN tubuh jawatankuasa bebas pastikan ikrar dilaksana gigih dan telus

Sehubungan itu, Muhyiddin optimis kemudahan ini sememangnya akan memebrikan manfaat yang besar kepada setiap pelusuk negeri bersejarah itu.

Kecekapan infrastruktur ini merupakan tunjang kelima daripada enam tunjang yang menjadi teras Ikrar PN Untuk Rakyat Melaka sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) berkenaan.

Dengan slogan Melaka Bangkit Gemilang, ikrar berkenaan manifestasi kesungguhan PN menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri yang maju, prihatin rakyat dan dipimpin oleh sebuah pasukan kepimpinan yang berintegriti.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here