Ikrar PN: Jamin ekonomi Melaka utuh, mampan

0
310

PERIKATAN Nasional (PN) berikrar akan memastikan ekonomi negeri Melaka dibangunkan supaya lebih utuh dan mampan termasuk dengan memberi tumpuan kepada industri strategik dan berimpak tinggi.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain itu fokus juga akan diberikan kepada pendigitalan dan pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

“Melalui pendekatan ini, lebih banyak peluang perniagaan dapat dijana dan tentunya para peniaga di Melaka dapat memperoleh pendapatan yang lebih tinggi, bahkan boleh meningkat berlipat kali ganda.

“Pulangan kepada negeri pula akan diterjemahkan melalui pembangunan pesat yang dapat dinikmati oleh setiap lapisan rakyat di negeri Melaka,” katanya ketika berucap melancarkan Ikrar PN Untuk Melaka di Glenmarie Shah Alam hari ini.

Keutuhan Ekonomi merupakan tunjang pertama daripada enam tunjang yang menjadi teras Ikrar PN Untuk Rakyat Melaka sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) berkenaan.

Baca berita berkaitan: Perikatan Nasional ikrar bawa Melaka Bangkit Gemilang
Baca berita berkaitan: PN tubuh jawatankuasa bebas pastikan ikrar dilaksana gigih dan telus

Dengan slogan Melaka Bangkit Gemilang, ikrar berkenaan manifestasi kesungguhan PN menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri yang maju, prihatin rakyat dan dipimpin oleh sebuah pasukan kepimpinan yang berintegriti.

Muhyiddin berkata, dengan limpahan ekonomi, lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti dan berpendapatan tinggi dapat ditawarkan untuk rakyat Melaka.

Katanya, Ini termasuklah graduan TVET, Orang Kurang Upaya (OKU) serta pesara yang masih ingin aktif berkhidmat.

“Bagi kumpulan berpendapatan rendah pula, pelbagai aktiviti ekonomi tambahan dalam sektor pertanian, perikanan dan perkhidmatan akan disediakan untuk mereka menambah pendapatan masing-masing,” ujannya.

Bekas Perdana Menteri Kelapan itu menambah, Melaka mempunyai potensi yang cukup besar untuk dimaju dan dipacu ke tahap yang jauh lebih tinggi, termasuk dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan agro makanan serta pelancongan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here