Ahmad Fadhli dilantik Ketua Pemuda PAS

0
289

AHLI Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dipilih sebagai Ketua Pemuda Pas yang baharu menggantikan Khairil Nizam Khirudin.

Ahmad Fadhli, 41, akan mengetuai Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) bagi penggal 2021 hingga 2023.

Manakala Afnan Hamimi Taib Azamuddin dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas, sementara Hanapi Zulkafli sebagai Naib Ketua.

Muktamar DPPM kali ke-62 diadakan di Port Dickson yang menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan bagi sesi 2021 hingga 2023 diadakan.

Khairil Nizam yang mengetuai DPPM sebelum ini memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya.

Beliau sebaliknya memutuskan untuk mencuba nasib dalam perebutan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here