4,979 kes positif Covid-19

0
246

JUMLAH kes harian COVID-19 mencatatkan penurunan dengan 4,979 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik bermula di negara ini sebanyak 2,471,642 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 44 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 28,876 kes, iaitu 1.17 peratus daripada 2,461,351 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 4 daripada 44 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses yang mengambil masa bagi mengesahkan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut.

Sementara itu, terdapat 69,153 kes aktif COVID-19 di seluruh negara yang mana 53,990 individu atau 78.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here