[VIDEO] Rodrigo tamatkan perlumbaan dalam kesakitan

0
455

ATLET Brazil, Rodrigo Parreira da Silva yang bersaing pada pusingan kedua acara 100M lelaki Sukan Paralimpik Tokyo 2020 semalam, mempamerkan semangat kesukanan kelas tinggi apabila bangkit menamatkan perlumbaan dalam kesakitan.

Rodrigo yang terjatuh di awal perlumbaan tetap berusaha menamatkan perlumbaan meskipun dalam kesakitan dan pada ketika pesaing lain sudah meraikan kemenangan masing-masing di penghujung trek.

Kesungguhan dan semangat Rodrigo bukan sahaja mendapat tepukan penonton di Stadium Olimpik Tokyo, namun netizen turut terharu dengan kecekalan pemenang pingat gangsa Sukan Paralimpik Rio 2016.

Rakyat Malaysia yang meraikan pencapaian Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang menduduki tempat pertama dalam pusingan kedua itu turut menyatakan rasa bangga dan terharu dengan semangat yang ditonjolkan oleh Rodrigo. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here