Ibu bapa mohon pertimbang semula syarat kemasukan MRSM

Syarat dilihat menganaktirikan pelajar aliran agama

0
344

IBU bapa para pelajar sekolah aliran agama di negara ini merayu kepada Menter Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Pengerusi Mara, Datuk Azizah Mohd. Dun mengkaji semula syarat kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang terkini.

Rayuan mereka dibuat kerana keputusan MRSM yang hanya membuka peluang kepada pelajar sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK) untuk memasuki sekolah berasrama penuh itu tahun ini.

Menurut Jawatankuasa Permuafakatan Yang Dipertua PIBG Sekolah Rendah Agama Integrasi Negeri Selangor, syarat yang ditetapkan bagaikan menganaktirikan pelajar aliran agama untuk memasuki MRSM terutama sekolah Ulul Albab.

Jurucakap jawatankuasa tersebut, Taqiyuddin Amini Abdul Satar berkata, sepatutnya MRSM turut membuka peluang kepada para pelajar sekolah rendah agama bantuan kerajaan (SABK) dan sekolah rendah agama integrasi (SRAI) kerana mereka juga terdiri daripada golongan B40 dan M40.

“Tindakan mensyaratkan permohonan ke MRSM untuk murid SK dan SMK sahaja dilihat sebagai satu tindakan terkebelakang kerana ia hanya akan mengurangkan peratusan pelajar berkualiti melanjutkan pelajaran di MRSM terutama sekolah Ulul Albab.

“Sekiranya pihak MARA mahu memberi keutamaan kepada pelajar luar bandar atau miskin bandar bagi melanjutkan pelajaran di MRSM, ia boleh dilaksanakan melalui proses saringan peperiksaan dan temuduga seperti sebelumnya mengikut keutamaan atau kuota yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan bersama hari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here