[VIDEO] Aishah semakin stabil

0
66

KEADAAN kesihatan penyanyi lagenda tanah air, Aishah yang dijangkiti virus Covid-19 dilaporkan stabil dan kini sudah tidak memerlukan alat bantuan penafasan.


Kelab peminat penyanyi tersebut dalam entri terbaharu di laman Instagram rasmi @aishahfcff_officia memaklumkan keadaan oksigen penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu juga stabil.


Bagaimanapun hasil pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT) atau imbasan CT yang dijalani Aishah menunjukkan terdapat jangkitan kuman.

Sehubungan itu Aishah dinasihatkan untuk meneruskan pengambilan antibiotik bagi tujuan rawatan.

Rata-rata peminat Aishah di ruangan komen memanjatkan rasa syukur dengan perkembangan kesihatannya dan mendoakan agar Aishah terus mendapat perkembangan positif sehingga sihat seperti sediakala.

Aishah dimasukkan ke Hospital Ampang pada malam Isnin lalu selepas disahkan positif Covid-19 dan mengalami simptom demam panas dan semput.-SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here