Dewan Ulama puji ketegasan Muhyiddin tolak puak kleptokrat

0
276

KETEGASAN menolak golongan kleptokrat dan kesungguhan untuk melakukan yang terbaik dalam tempoh kepimpinan yang singkat Tan Sri Muhidin Yasin mendapat penghargaan dan penghormatan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP).

Ketua DUPP Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, walaupun tempoh kepimpinan yang singkat, Muhyiddin telah melakukan yang terbaik untuk manfaat negara dan rakyat khususnya dalam menangani pandemic Covid-19.

Kata beliau, DUPP juga menghormati dan menyambut baik ketegasan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak sesekali berkompromi dengan kelompok kleptokrat yang mahukan penyalahgunaan kuasa dilakukan semula.

“DUPP juga melahirkan kekesalan dengan kerakusan sesetengah pimpinan politik untuk mendapatkan kuasa tanpa mengira keresahan dan kesusahan yang sedang dihadapi oleh rakyat, sehingga membawa kepada suasana politik yang tidak stabil dan harmoni serta mendorong kepada perletakan jawatan Perdana Menteri bersama Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional.

“DUPP juga menyambut baik ketegasan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sesekali tidak berkompromi dengan kelompok kleptokrat yang cuba untuk mengganggu gugat proses pentadbiran negara serta menginginkan berlakunya penyalahgunaan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Walau bagaimanapun dalam kenyataan berkenaan, yang tidak menyatakan siapa kelompok kleptokrat yang dimaksudkan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here