Tag: terbabas
-
Seorang maut, enam cedera nahas 7 motosikal
SEORANG penunggang maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tujuh motosikal di Kilometer 259.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini pada Jumaat. Dalam kejadian jam 2.40 pagi itu, Sheikhrul Razi Ab Kadir, 19, yang beralamat di Taman Saga, Ampang Selangor meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner…
-
Ibu, anak maut kereta terbabas di Kuala Pilah
DUA beranak maut manakala tiga anggota keluarga lain cedera ringan selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka terbabas di Jalan Terachi-Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan, awal pagi tadi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Menanti Pegawai Bomba Kanan II Norhirwan Zainal berkata mangsa, Nuratika Arsad, 27, dan anaknya yang sedang dikenal pasti identiti, meninggal dunia di lokasi kejadian. Beliau berkata bomba menerima panggilan…
-
Lori bawa muatan sisa kayu terbabas, lebuhraya PLUS sesak lebih 5km
Sebuah lori membawa muatan sisa kayu terbabas dalam kejadian di Kilometer 264.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dari Terowong Menora ke Ipoh pada Rabu. Kejadian sekitar pukul 7.45 pagi itu turut menyebabkan kesesakan trafik lebih lima kilometer (km) apabila laluan ke selatan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan. Difahamkan, kemalangan berlaku selepas lori dalam perjalanan dari Kedah…
-
Bas ‘masuk’ parit, 28 penumpang selamat
SEBUAH bas persiaran yang membawa 28 penumpang terbabas ke dalam parit di KM60 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan di Pendang, Kedah. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Kedah, Mohamad Ehsan Mohd Zain, berkata bas itu dipercayai dari Hatyai, Thailand, menghala ke Kampar, Perak, membawa 28 penumpang. Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 3.25 petang semalam.…
-
Pelajar tingkatan satu maut kereta dipandu rakan terbabas
SEORANG pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal maut, selepas kereta dinaiki bersama rakan, sepupu serta dua kakaknya terbabas di Jalan Padang Keladi, Durian Tunggal dekat Alor Gajah, malam tadi. Dalam kejadian jam 11.45 malam itu, mangsa V Dayalini, 13, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka (HM) akibat kecederaan parah pada seluruh anggota…
-
Angkara kerbau, ambulans bawa pesakit terbabas
SEBUAH ambulans yang sedang dalam perjalanan membawa pesakit ke Kota Kinabalu terbabas dan bertembung dengan sebuah kenderaan lain selepas seekor kerbau melintas jalan dalam kejadian di Jalan Kesapang, Kota Belud, Sabah, pada awal pagi Khamis. Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, pemandu ambulans lelaki berusia 40 tahun bersama penumpang iaitu seorang doktor dan…
-
Kereta terbabas rempuh motosikal: Penjual ayam maut, jururawat parah
SEORANG penjual ayam maut dirempuh kereta yang terbabas memasuki laluan bertentangan yang dilalui mangsa di Kampung Mulong, di sini, petang tadi. Kejadian jam 2 petang itu menyebabkan Mohammad Syukrie Suludin, 29, maut serta merta akibat kecederaan parah pada bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata mangsa menunggang motosikal Yamaha…
-
Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah
DUA rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, Tanjung Malim, Perak, pagi Selasa. Dalam kejadian itu, pemandu lori berumur 36 tahun mengalami kecederaan, manakala penghuni rumah dilaporkan selamat. Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata polis menerima laporan kejadian itu pada…
-
Lelaki maut, MPV terbabas hempap bumbung rumah
SEORANG lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan menghempap bumbung sebuah rumah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Batu 29, Jalan Kuching-Serian, Sarawak, pagi tadi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Serian, Bilong Usat, berkata kemalangan berlaku kira-kira jam 6.55 pagi tadi itu membabitkan mangsa berusia 50-an yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota…
-
Pemandu mengantuk dipercayai punca nahas korbankan dua beranak di Putrajaya
SEORANG wanita dan anak lelakinya berusia dua tahun maut apabila kereta jenis perodua Myvi dinaiki mereka, terbabas di Persiaran Timur dari arah Kajang menghala Pinggiran Putra di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz dalam kenyataan hari ini berkata dalam kejadian 2.45 petang itu, Amalina Azman, 32, yang cedera parah disahkan…