Ibu, anak maut kereta terbabas di Kuala Pilah

0
209

DUA beranak maut manakala tiga anggota keluarga lain cedera ringan selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka terbabas di Jalan Terachi-Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan, awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Menanti Pegawai Bomba Kanan II Norhirwan Zainal berkata mangsa, Nuratika Arsad, 27, dan anaknya yang sedang dikenal pasti identiti, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 1.21 pagi tadi sebelum sepasukan anggota dari BBP Seri Menanti dan Kuala Pilah digegaskan ke lokasi kejadian.

“Mangsa yang cedera ringan diselamatkan oleh pihak bomba sebelum diserahkan kepada pihak kesihatan. Kes kemalangan berkenaan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here