Tag: PRN
-
PRN: Kemenangan besar PN bukti rakyat yakin, mahu perubahan – Hamzah
KEMENANGAN besar Perikatan Nasional (PN) di Terengganu, Kedah dan Kelantan pada pilihan raya di enam negeri membuktikan rakyat kukuh dan yakin kepada gabungan parti tersebut. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pada masa yang sama, peningkatan besar undian kepada PN di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan memberikan gambaran bahawa rakyat mahukan perubahan. Katanya,…
-
‘Kejar 500 undi DAP, UMNO hilang 5,000 undi Melayu’
AHLI Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mendakwa UMNO akan terus kalah dan pupus menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) jika parti itu tidak berbuat sesuatu susulan kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam. Katanya, kepemimpinan parti perlu membuat pertimbangan semula dan berusaha memperbetulkan keadaan termasuk melakukan sesuatu yang drastik, kerana parti kini berada…
-
Tawan lima kerusi DUN, permulaan baik PN Negeri Sembilan
PERIKATAN Nasional (PN) Negeri Sembilan menyifatkan kejayaan gabungan itu menawan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 semalam, sebagai suatu pencapaian membanggakan. Timbalan Pengerusi PN Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha, berkata pihaknya sedar bukan suatu tugas mudah untuk memenangi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri pada ketika PN tidak mempunyai sebarang…
-
UMNO kalah di 89 kerusi: Idris Jusoh gesa Zahid letak jawatan
BEKAS pengerusi UMNO Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh mahu presiden parti itu bertanggungjawab di atas kekalahan besarnya dalam enam pilihan raya negeri semalam. Idris menggesa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan berikutan keputusan pengundian itu. “UMNO kalah teruk di PRN semalam. UMNO kalah 100 peratus di Terengganu. “Zahid Hamidi perlu letak jawatan,” katanya lapor…
-
‘Saya tetap bertahan walau berdarah’ – Sanusi
PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui agak tertekan dengan serangan politik terhadap dirinya khususnya sepanjang kempen pilihan raya negeri (PRN). Beliau berkata, biarpun berdepan serangan berterusan daripada kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sama ada dari peringkat negeri mahupun pusat, dirinya tidak pernah mengaku kalah dan terus…
-
PN kemuka nama calon MB dalam masa terdekat – Muhyiddin
PERIKATAN Nasional (PN) akan mengemukakan nama calon Menteri Besar baharu di ketiga-tiga negeri yang dimenangi gabungan itu pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini dalam masa terdekat. Pengerusi PN yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini bagi mendapatkan perkenan daripada Sultan di negeri terbabit iaitu Kedah, Kelantan dan…
-
[RASMI] Anak Noh rampas DUN Permatang
ANAK Tan Sri Noh Omar, Nurul Syazwani memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang selepas menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Yahya Mat Sahri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor. Sinar Harian melaporkan,Nurul Syazwani memenangi kerusi itu selepas memperoleh majoriti 1,728 undi selepas mendapat undi 12,850 manakala Mohd Yahya memperoleh 11,122 undi. Kemenangan itu diumumkan…
-
PN Terengganu dahului di semua 32 kerusi
PERIKATAN Nasional (PN) Terengganu setakat ini mendahului semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Sumber Barisan Nasional (BN) berkata antara yang kecundang Datuk Seri Dr Ahmad Said di kerusi DUN Kijal yang disandang selama sembilan penggal. Ia sekali gus menyaksikan Datuk Razali Idris daripada BERSATU diangkat sebagai ‘giant killer’ pada…
-
PRN: Peti undi mula tiba di pusat penjumlahan rasmi undi
PETI undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri mula tiba di pusat penjumlahan rasmi undi selepas proses pengundian tamat secara rasmi pada 6 petang. Pusat pengundian ditutup secara berperingkat-peringkat bermula pukul 1 tengah hari hingga 6 petang tadi bergantung kepada kedudukan kawasan yang terlibat. Petugas SPR di TERENGGANU menggunakan helikopter bagi membawa peti…
-
Terkini PRN: Tok Mat ketinggalan di Rantau
SEMUA pusat pengundian di enam negeri yang terlibat PRN ditutup pada 6 petang ketika proses pengiraan undi bermula. Pada PRN kali ini, seramai 9,773,571 pengundi berdaftar layak memilih di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, dan Terengganu. Antaranya, 97,388 pengundi awal terdiri daripada pegawai dan anggota polis, tentera, dan pasangan. PRK Kuala Terengganu turut…