PN Terengganu dahului di semua 32 kerusi

0
259

PERIKATAN Nasional (PN) Terengganu setakat ini mendahului semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sumber Barisan Nasional (BN) berkata antara yang kecundang Datuk Seri Dr Ahmad Said di kerusi DUN Kijal yang disandang selama sembilan penggal.

Ia sekali gus menyaksikan Datuk Razali Idris daripada BERSATU diangkat sebagai ‘giant killer’ pada pilihan raya kali ini menurut laporan BH.

Menurut sumber, pengundi muda dilihat menolak BN apabila rata-rata saluran pengundi muda memihak kepada PN.

Katanya, hanya DUN Telemong yang kini masih mampu bertahan, namun keputusan perbezaan undi calon BN dan PN-BERSATU bersaing sengit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here