[RASMI] Anak Noh rampas DUN Permatang

0
131

ANAK Tan Sri Noh Omar, Nurul Syazwani memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang selepas menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Yahya Mat Sahri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Sinar Harian melaporkan,Nurul Syazwani memenangi kerusi itu selepas memperoleh majoriti 1,728 undi selepas mendapat undi 12,850 manakala Mohd Yahya memperoleh 11,122 undi.

Kemenangan itu diumumkan Pengurus Pilihan Raya DUN Permatang, Tirmidzy Che Mat di Institut Pengurusan Peladang, Sungai Kajang Tanjong Karang, di sini pada Sabtu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kerusi DUN Permatang dimenangi calon PKR, Rozana Zainal Abidin dengan majoriti 1,158 undi selepas menewaskan Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN) dan Muhammad Jafaruddin Sheikh Daud (Pas).

Rozana memperoleh 9, 208 undi menewaskan Sulaiman yang mendapat 8, 050 undi dan Muhammad Jafaruddin meraih 2,746 undi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here