Tag: penganalisis
-
Bahaya anjur program politik di sekolah – Penganalisis
DUA penganalisis berkata, berbahaya membenarkan parti politik menganjurkan program pendidikan politik di sekolah dan universiti kerana iklim politik semasa dalam negara “sudah cukup toksik”. Mereka berkata, jika program seumpama itu dibenarkan di sekolah, ia pasti akan membabitkan ketua sekolah dan guru, yang diketahui aktif dalam politik, dan ini akan menyebabkan keadaan menjadi lebih tidak menentu.…
-
Tanpa sekutu Melayu kuat, PH berdepan cabaran terbesar di Selangor sejak 2008
PAKATAN Harapan (PH) dijangka berdepan dengan laluan getir untuk mempertahankan Selangor setelah mentadbir sejak 2008, apabila pengundi Melayu masih belum menunjukkan tanda-tanda berubah arah sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, kata penganalisis. Mereka berkata, 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri paling kaya di Malaysia itu bakal menjadi medan pertempuran untuk dua blok…
-
Metodologi kajian PH berkaitan peratusan undi Melayu dipersoal penganalisis
PENGUMUMAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) mendapat 31% undi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak meyakinkan seorang penganalisis. Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, PH perlu menjelaskan bagaimana metodologi dan kaedah yang digunakan dalam merumuskan peratusan berkenaan. “Angka itu hanya anggaran. Untuk membuat anggaran, perlu…
-
Mereka yang sedang berdepan kes mahkamah, elok tidak sertai kabinet – Penganalisis politik
PENGANALISIS politik, Prof. Wong Chin Huat berpendapat Ahli Parlimen yang terlibat dalam kes salah laku tidak boleh menyertai Kabinet jika kerajaan benar-benar serius untuk tidak berkompromi dalam isu integriti. Katanya, jika individu yang berdepan kes mahkamah diturut sertakan dalam pentadbiran, rakyat akan marah dan pembangkang akan menggunakannya sebagai senjata untuk menyerang kerajaan. “Kalau kemudian kes…
-
[VIDEO] MoU kekal, PRU-15 tidak akan diadakan dalam masa terdekat – Penganalisis
KEPUTUSAN bersama antara kerajaan dan pembangkang untuk meneruskan memorandum persefahaman (MoU) sehingga pembubaran Parlimen, dijangka bakal menjamin kestabilan di dalam aspek kerjasama politik antara kedua-dua pihak. Felo Penyelidik ILHAM Centre, Profesor Dr. Hamidin Abd Hamid berkata, usaha bagi mengekalkan kerjasama antara kerajaan dan pembangkang yang masih diteruskan itu akan disusuli dengan jangkaan Pilihan Raya Umum…
-
[VIDEO] Zahid perlu berundur – Penganalisis
DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu mengundurkan diri daripada jawatan Presiden UMNO kerana telah berbohong kepada ahli-ahli parti itu. Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, lebih teruk, Ahli Parlimen Bagan Datoh itu telah memungkiri janji dan sumpah dilafazkan di hadapan perwakilan UMNO dalam Perhimpunan Agung parti berkenaan. “Jika tiada tindakan mengundur diri daripada Presiden,…
-
Sasaran Gerakan tanding 35 kerusi Parlimen, 62 DUN tidak realistik – Penganalisis
PENGANALISIS politik menyifatkan sasaran Gerakan bertanding 35 kerusi Parlimen dan 62 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak realistik berbanding kekuatan parti itu. Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, walaupun Gerakan menyertai PRU kali ini sebagai sekutu Perikatan Nasional (PN), parti pimpinan Dominic Lau itu akan berdepan laluan sukar…
-
Pulih semula ekonomi dahulu, bukan gesa bubar Parlimen
KERAJAAN dan pembangkang perlu mengamalkan kompromi politik untuk memulihkan semula ekonomi daripada menggesa pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan segera, kata penganalisis politik. Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata kedua-dua pihak sewajarnya pada masa ini menumpukan kepada usaha melaksanakan apa sahaja yang dirancang untuk rakyat. “Perlu diletakkan satu garisan yang jelas, kerajaan ataupun pembangkang dalam konteks semasa ini…
-
PN ‘makan’ undi Melayu PH dalam PRN Melaka, kata penganalisis
KEMUNCULAN Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ternyata memberikan impak yang besar apabila berjaya “mencuri” jumlah undi cukup signifikan hingga menjejaskan prestasi Pakatan Harapan (PH) terutamanya dalam kalangan pengundi Melayu. Beberapa penganalisis politik berpendapat, kemenangan Barisan Nasional (BN) di Melaka sememangnya sudah dijangka memandangkan negeri itu merupakan kubu kuat Umno, namun kehadiran…
-
PRN Melaka: Peratusan mengundi rendah mungkin kerana rakyat anggap ia tidak wajar – Penganalisis
PILIHAN Raya Negeri (PRN) Melaka berdepan dengan peratusan keluar mengundi yang rendah berbanding sebelum ini kerana rakyat merasakan mereka tidak wajar ditarik dalam polemik politik ketika ini. Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Ismail Sualman, menegaskan terdapat dua faktor utama yang akan menyebabkan peratusan itu menurun. Katanya PRN diadakan dalam keadaan situasi rakyat yang mungkin masih…