PRN Melaka: Peratusan mengundi rendah mungkin kerana rakyat anggap ia tidak wajar – Penganalisis

0
276

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Melaka berdepan dengan peratusan keluar mengundi yang rendah berbanding sebelum ini kerana rakyat merasakan mereka tidak wajar ditarik dalam polemik politik ketika ini.

Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Ismail Sualman, menegaskan terdapat dua faktor utama yang akan menyebabkan peratusan itu menurun.

Katanya PRN diadakan dalam keadaan situasi rakyat yang mungkin masih berasa tidak ada kewajaran bagi mereka ditarik dalam polemik politik ketika ini.

Selain itu, rakyat negeri Melaka juga mungkin menyangka PRN kali ini seakan hanya pilihan raya kecil sedangkan ia merupakan Pilihan Raya Negeri yang begitu penting berbanding pilihan raya kecil.

“Apa yang saya dapat analisis di sini ada beberapa perkara yang mungkin menyebabkan mereka tidak mahu turun mengundi.

“Antaranya, sesetengah mereka mengatakan, kenapa rakyat terpaksa diheret untuk mengundi sedangkan alasan untuk mengundi itu tidak kukuh ataupun tidak sepertinya atas asas-asas demokrasi.

“Yang kedua, sesetengah daripadanya masih menganggap bahawa ini adalah seperti pilihan raya kecil sahaja dan bukannya pilihan raya umum atau PRN dan kebanyakan mereka mahu hanya mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 sahaja nanti,” katanya, memetik laporan Astro Awani. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here