[VIDEO] Zahid perlu berundur – Penganalisis

0
371

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu mengundurkan diri daripada jawatan Presiden UMNO kerana telah berbohong kepada ahli-ahli parti itu.

Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, lebih teruk, Ahli Parlimen Bagan Datoh itu telah memungkiri janji dan sumpah dilafazkan di hadapan perwakilan UMNO dalam Perhimpunan Agung parti berkenaan.

“Jika tiada tindakan mengundur diri daripada Presiden, akar umbi dan pucuk pimpinan UMNO wajar mendesak Ahmad Zahid supaya meletakkan jawatan sebagai presiden,” katanya ketika dihubungi SatuBerita pada Selasa.

Beliau diminta mengulas pendedahan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pada Isnin yang banyak membongkarkan tentang pembohongan dilakukan Presiden UMNO itu.

Antaranya, Tajuddin mendakwa Ahmad Zahid merupakan ketua yang mengepalai gerakan menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri, walaupun hal tersebut telah banyak dinafikan Ahmad Zahid dan rakan pimpinannya dalam UMNO termasuk ketika perhimpunan agung parti berkenaan dengan tema: No DAP, No Anwar.

Tawfik berkata, pendedahan Tajuddin sekaligus memperkukuhkan bukti terdapat satu komplot yang menidakkan suara perwakilan UMNO sendiri.

“Saya melihat bahawa akar umbi UMNO sekarang sudah hilang kepercayaan kepada presiden dengan kecurangan politik yang dilakukan.

“Menerusi pendedahan lisan daripada Tajuddin sendiri membuktikan dan menguatkan lagi dakwaan presiden untuk menidakkan pewakilan parti sendiri,” ujarnya.

Selain itu, Tawfik juga percaya pendedahan yang dibuat membuktikan terdapat perpecahan dalam kalangan pemimpin parti yang mempunyai matlamat tersendiri.

“Ura-ura yang mengatakan bahawa ada dua kumpulan dalam kalangan pemimpin, iaitu Kumpulan Putrajaya dan Kumpulan 15 yang diketuai Zahid menjadi realiti apabila pendedahan itu jelas membuktikan terdapat agenda daripada pemimpin parti,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kesan pendedahan Tajuddin terhadap parti itu sendiri, Tawfik melihat UMNO sudah berada dalam dilema bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Kerana itu mereka akan segera mencari ‘korban politik’ dalam parti sendiri bagi memastikan mereka mampu kekal,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here