PN ‘makan’ undi Melayu PH dalam PRN Melaka, kata penganalisis

0
714

KEMUNCULAN Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ternyata memberikan impak yang besar apabila berjaya “mencuri” jumlah undi cukup signifikan hingga menjejaskan prestasi Pakatan Harapan (PH) terutamanya dalam kalangan pengundi Melayu.

Beberapa penganalisis politik berpendapat, kemenangan Barisan Nasional (BN) di Melaka sememangnya sudah dijangka memandangkan negeri itu merupakan  kubu kuat Umno, namun kehadiran Bersatu dilihat berjaya mengutip undi baki Melayu yang tidak menyokong parti itu berbanding PH.

Penganalisis politik Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun, berkata, PN sememangnya memecahkan undi dengan meraih sejumlah undi daripada BN dan PH, bagaimanapun, ia dilihat memberi kesan yang lebih besar terhadap gabungan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Bukan sahaja undi PH lari ke PN, mereka juga gagal menarik pengundi Melayu yang tidak berpuas hati dengan BN supaya beralih kepada PH,” katanya, memetik laporan MalaysiaNow.

“Sebaliknya, undi tersebut beralih ke PN kerana pengundi terus berasa tidak selesa dengan tawaran PH selain kecewa dengan prestasi mereka sejak 2018,”.

Sebelum ini Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengakui kekalahan PH disebabkan Bersatu yang membawa undi Melayu kepada gabungan itu pada 2018.

“Jika (undi diperolehi Bersatu) dicampur dengan undi popular yang diterima oleh PH iaitu sebanyak 114,457, ianya akan berjumlah 147,457 berbanding BN yang hanya memperolehi 122,741 undi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed, berkata disebabkan 19 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka merangkumi majoriti pengundi Melayu, ini sekali gus memberi kelebihan kepada Umno.

“Sokongan akar umbi Umno cukup kukuh, jadi PH dan PN akan rebut baki sokongan Melayu yang tidak inginkan parti itu.

“Justeru, PH dan PN akan rebut baki sokongan Melayu yang tidak inginkan Umno,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here