Undian anda saya genggam sebagai satu tanggungjawab – Dr. Yadzil

0
517

“Undian yang anda berikan kepada saya, akan saya genggam sebagai satu tanggungjawab,”

Itulah kata-kata Dr. Yadzil Yaakub yang memenangi kerusi panas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, mewakili Perikatan Nasional (PN).

Justeru, beliau berterima kaish dan menghargai para pengundi yang mengundi beliau serta berjanji akan menjalankan tugas sebaik mungkin untuk membangunkan Bemban.

“Saya berjanji akan menjalankan tugas saya sebaik mungkin tanpa mengira agama dan bangsa, kerana kita adalah sekeluarga.

“Semoga kita dapat bersama-sama membangunkan N24 Bemban ke arah yang lebih sejahtera, dinamik dan harmonis,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Pada PRN Melaka kelmarin, PN bertanding di semua 28 kerusi dengan 15 daripada mereka adalah calon daripada BERSATU manakala lapan ditandingi PAS dan GERAKAN meletakkan lima calon.

Dr. Mohd Yadzil memperoleh 4,211 undi, menewaskan Datuk Koh Chin Han (BN) yang memperoleh 3,883 undi dan Datuk Tey Kok Kiew (PH-DAP) 3,095 undi, selain dua calon Bebas yang hilang deposit. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here