KPM akan keluarkan jadual baharu SPM

0
363

JADUAL peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat, umum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menterinya, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata demikian menerusi satu pengumuman di laman Facebook rasminya, hari ini.

Menurutnya, KPM menerima pelbagai pandangan daripada orang ramai terutamanya golongan ibu bapa mengenai isu jadual peperiksaan tersebut.

Difahamkan, pihaknya bersedia mengambil kira semua pandangan yang diberikan dan akan membawanya ke peringkat lebih tinggi untuk dibincang dan dianalisis.

“Kami mengambil kira semua pandangan yang diberikan, dan saya telah duduk berbincang bersama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan juga pengurusan tertinggi KPM untuk melihat semua pandangan yang diberikan, dan mengambil tindakan yang sewajarnya menganalisa satu per satu pandangan itu

“Insyaallah kita akan keluarkan satu jadual baharu berkaitan dengan peperiksaan SPM 2021 dalam masa yang terdekat,” katanya melalui hantaran video di laman Facebook rasminya sebentar tadi.

Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memaklumkan sudah membuat permohonan kepada KPM untuk membuat perubahan pada jadual berkenaan.

Presidennya, Aminuddin Awang, menyifatkan jadual Peperiksaan SPM yang dikeluarkan kali ini sebagai amat mengecewakan kerana menunjukkan KPM tidak mengambil kira kebajikan guru yang perlu bertugas sebagai pengawas peperiksaan.

Katanya, ini kali pertama peperiksaan SPM dijadualkan jatuh pada cuti hujung minggu malah cuti penggal selama tiga minggu yang ditetapkan tidak dapat dimanfaatkan bersama keluarga kerana hampir semuanya dipenuhi jadual peperiksaan SPM. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here