Tag: Mas Ermieyati Samsudin
-
PAC akan dedah nama saksi enggan hadir prosiding
SEMUA bekas pegawai pengawal dan ketua setiausaha (KSU) perlu hadir ke prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi menjelaskan isu yang timbul semasa mereka menerajui kementerian, jabatan atau agensi kerajaan terlibat. Pengerusi PAC, Mas Ermieyati Samsudin berkata ia bagi memastikan jawatankuasa itu dapat menjalankan siasatan menyeluruh kerana ketidakhadiran bekas pegawai pengawal serta KSU akan menyebabkan…
-
Keyakinan Anwar bertentangan realiti semasa-Mas Ermieyati
KEYAKINAN gabungan PH-BN untuk merampas dua negeri dikuasai Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri bulan depan bertentangan dengan realiti semasa. Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, kenyataan itu juga amat longgar dan menimbulkan kemusykilan kerana biasanya ramalan atau jangkaan dibuat berdasarkan undian yang diterima pada pilihan raya yang lepas. “Kalau bercakap…
-
PRN: Shahidan, Mas Ermieyati jangka ahli UMNO akan beri sokongan kepada PN
PEMIMPIN-pemimpin Perikatan Nasional (PN) menjangkakan parti itu akan menerima sokongan daripada ahli-ahli UMNO dalam membawa kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan enam buah negeri tidak lama lagi. Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa ahli-ahli UMNO sudah tidak lagi memberikan sokongan kepada parti itu lagi malah senario itu telah bermula sejak…
-
‘Bersatu tidak bergolak’- Mas Ermieyati
PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak bergolak meskipun terdapat laporan pemecatan tiga pemimpin jawatankuasa penaja sayap parti itu. Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, sesetengah pihak luar yang sengaja mencetuskan kekecohan mengenai perkara tersebut dilihat sebagai satu tindakan tidak matang. “Saya yakin dan percaya tindakan pucuk pimpinan tertinggi adalah untuk membantu memantapkan…
-
Inisiatif kerajaan perpaduan tak penuhi keperluan wanita, kata penganalisis
KERAJAAN Perpaduan tidak melakukan usaha yang secukupnya untuk mengecilkan jurang jantina dan menarik minat pengundi wanita, kata seorang penganalisis. Bridget Welsh, penyelidik bersekutu kehormat di Universiti Nottingham Malaysia, mengakui bahawa kerajaan telah menangani pelbagai isu wanita, seperti gangguan seksual, perlindungan mengintai, menyahkriminalisasikan bunuh diri, inflasi dan selain membentuk Kertas Putih Kesihatan. Bagaimanapun katanya, ini bukanlah…
-
PAC mahu laporan projek Land Swap Mindef dinyahklasifikasi
JAWATANKUASA Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu Laporan Projek Land Swap di bawah Kementerian Pertahanan (Mindef) dinyahklasifikasi. Pengerusinya Mas Ermieyati Samsudin berkata ini susulan dua laporan yang pernah dibentangkan sebelum ini oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) bersama Laporan Land Swap kepada PAC semasa persidangan Parlimen ke-14, telah dinyahklasifikasi sebelum jawatankuasa itu dibubarkan. Dua lagi laporan…
-
Kenyataan Kit Siang dangkal, politik murahan – Mas Ermieyati
DATUK Mas Ermieyati Samsudin menyifatkan kenyataan bekas Penasihat DAP, Tan Sri Lim Kit Siang bahawa beliau tidak layak menerajui Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) disebabkan memboikot perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di Dewan Rakyat pada Selasa dan Rabu lalu, membuktikan ‘kedangkalan’ bekas Ahli Parlimen berkenaan memahami Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (PPMDR). Dalam kenyataan…
-
PAC syor adakan prosiding baharu membabitkan LCS
JAWATANKUASA Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan prosiding baharu berhubung kapal tempur pesisir (LCS) kontroversi diadakan pada persidangan Parlimen ke-15 yang dijadualkan bermula Isnin ini. Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata prosiding itu dicadangkan diadakan sejurus pelantikan ahli PAC diluluskan Dewan Rakyat. Kata Mas Ermieyati, PAC dijangka mengadakan prosiding tersebut di Limbungan Kapal Boustead Naval…
-
Mas Ermieyati dilantik pengerusi PAC baharu
AHLI Parlimen Masjid Tanah daripada Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin dipilih sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baharu. Beliau menggantikan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh, yang menyandang jawatan itu sebelum ini. Mas Ermieyati menjadi wanita kedua dilantik memegang jawatan itu selepas Ahli Parlimen Parit Sulong, Noraini Ahmad daripada Barisan…
-
‘Amir Jahari, saya minta maaf, saya akan letak lagu nasyid’, kata Mas Ermieyati
NAIB Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin memohon maaf kepada Amir Jahari, penyanyi lagu Hasrat kerana menggunakan lagu ciptaannya sebagai lagu latar untuk hantaran video semasa berada di Mahkamah Kuala Lumpur susulan pendakwaan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Menurut Ahli Parlimen Masjid Tanah itu, beliau sedia menurunkan semula hantaran menggunakan lagu berkenaan…