Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
mahkamah Archives - Page 3 of 53 -

Tag: mahkamah

  • Lans Koperal didakwa minta, terima rasuah RM700 daripada peniaga

    Lans Koperal didakwa minta, terima rasuah RM700 daripada peniaga

    SEORANG anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM700, enam tahun lepas. Lans Koperal Mohd Elfie Faizal Che Min, 35, yang bertugas di Balai Polis Pokok Assam, Taiping memohon dibicarakan atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin. Mengikut pertuduhan…

  • Wanita tular curi kad debit ibu saudara tiri didakwa

    Wanita tular curi kad debit ibu saudara tiri didakwa

    SEORANG wanita yang tular menerusi media sosial baru-baru ini kerana disyaki mencuri kad debit ibu saudara tirinya dan mengeluarkan RM8,200 untuk membeli telefon pintar jenama iPhone 14 Pro, hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Nur Humaira Shanuk Haziki, 21, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nadia Othman. Mengikut pertuduhan…

  • Pemandu lori buat pusingan U sebabkan dua maut didenda RM7,000

    Pemandu lori buat pusingan U sebabkan dua maut didenda RM7,000

    SEORANG pemandu lori yang membuat pusingan U sehingga mengakibatkan dua remaja perempuan maut dalam kemalangan bulan lepas didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Slim River di Tanjung Malim hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu. Majistret Khairun Neesha Raj Mohamed turut memerintahkan P Yuaraj, 30, dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Dia didakwa memandu lori tangki jenis Volvo…

  • Pekerja sambilan agensi kerajaan didakwa hantar komunikasi lucah

    Pekerja sambilan agensi kerajaan didakwa hantar komunikasi lucah

    SEORANG pekerja sambilan di sebuah agensi kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini, atas satu pertuduhan menghantar komunikasi lucah dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi WhatsApp, kira-kira dua tahun lepas. Tertuduh Muhammad Zakir Ramli, 29, didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu gambar yang bersifat lucah menggunakan aplikasi…

  • Kontraktor didakwa serah kad perniagaan tertera gelaran ‘Datuk’ tak diiktiraf

    Kontraktor didakwa serah kad perniagaan tertera gelaran ‘Datuk’ tak diiktiraf

    SEORANG kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang, Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyerahkan kad perniagaannya tertera gelaran ‘Datuk’, yang tidak diiktiraf kepada seorang wanita, empat tahun lepas. Mohamed Rafi Mohamed Hanifa, 37, didakwa menyerahkan kad perniagaan tertera nama ‘Datuk Mohamed Rafi Mohamed Hanifa’ kepada wanita itu, yang mempamerkan jata negara dan darjah…

  • Pecah cermin rumah bekas isteri, jurukimpal didenda RM3,000

    Pecah cermin rumah bekas isteri, jurukimpal didenda RM3,000

    SEORANG jurukimpal didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di Ipoh hari ini selepas mengaku bersalah atas kesalahan memecahkan cermin pintu rumah bekas isterinya seperti yang tular menerusi laman sosial, minggu lepas. Majistret S. Punitha turut memerintahkan Mohd Shariman Zul Kapri, 46, dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Mohd Shariman didakwa melakukan perbuatan khianat itu iaitu…

  • Lelaki Nepal didakwa bunuh rakan senegara

    Lelaki Nepal didakwa bunuh rakan senegara

    SEORANG lelaki warga Nepal didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya yang mayatnya ditemukan tidak cukup sifat, Januari lepas. Santosh Magar, 25, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Nepal di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.  Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah…

  • Mahkamah tetap 30 Mei sebutan kes hadanah interim Farid Kamil, Diana Danielle

    Mahkamah tetap 30 Mei sebutan kes hadanah interim Farid Kamil, Diana Danielle

    MAHKAMAH Tinggi Syariah di Shah Alam pada Rabu, menetapkan 30 Mei ini untuk sebutan inter-parte (dua pihak) pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle berhubung hak penjagaan hadanah interim (sementara) bagi dua anak mereka yang berusia 10 dan lapan tahun. Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana Danielle atau nama penuhnya Diana Danielle…

  • Penyerang Kamal Adli tidak dibenar ikat jamin

    Penyerang Kamal Adli tidak dibenar ikat jamin

    MAHKAMAH Singapura tidak membenarkan lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli diikat jamin. “Berdasarkan laporan Institut Kesihatan Mental (IMH), saya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin,” kata Hakim Daerah Brenda Tan hari ini. Hakim bersetuju terhadap permohonan pendakwaan untuk tidak menawarkan ikat jamin dan menangguhkan kes itu selama empat minggu bagi membolehkan pegawai penyiasat melengkapkan siasatan.…

  • Mahkamah Persekutuan tolak permohonan kembalikan saman terhadap Hadi

    Mahkamah Persekutuan tolak permohonan kembalikan saman terhadap Hadi

    MAHKAMAH Persekutuan menolak permohonan oleh dua penganut Kristian dari Sabah untuk mengembalikan semula saman terhadap Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan Presiden PAS itu yang didakwa berbaur hasutan terhadap penganut agama itu. Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini sebulat suara membenarkan bantahan awal yang…