Lelaki Nepal didakwa bunuh rakan senegara

0
141

SEORANG lelaki warga Nepal didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya yang mayatnya ditemukan tidak cukup sifat, Januari lepas.

Santosh Magar, 25, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Nepal di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu. 

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mahkamah menetapkan 22 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan, Santosh didakwa membunuh Raj Kar Ki, 48, di KM447 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Sungai Buloh dekat sini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Erneetha Kaur Baghwant Singh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini media melaporkan, satu mayat tanpa kepala, tangan dan kaki ditemukan orang awam bersama sebuah beg hitam di kawasan itu.

Kepala, sepasang kaki dan tangan ditemukan di dalam beg berkenaan.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here