Tag: KKM
-
27,808 kes baharu Covid-19 semalam
KES baharu COVID-19 yang dicatatkan semalam adalah 27,808 menjadikan jumlah kumulatif setakat ini 3,166,023 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 27,705 orang atau 99.63 peratus berada dalam kategori satu dan dua manakala 103 kes atau 0.37 peratus kategori tiga, empat dan lima. “Daripada jumlah kes baharu…
-
KKM siasat video tular isu vaksinasi anak KJ
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan menyiasat video tular menerusi media sosial berkaitan dakwaan cecair vaksin COVID-19 yang diberikan kepada anak bongsu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah dibuang sebelum disuntik. Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, bagaimanapun setakat ini beliau mengesahkan anak bongsu Khairy telah menerima suntikan vaksin COVID-19. “Kalau saya tengok yang…
-
Kes harian lepasi 27,000, tertinggi sejak Covid-19 landa negara
SEBANYAK 27,831 kes Covid-19 hari ini menjadikan ia jumlah kes tertinggi sejak kes pertama wabak itu dikesan di Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu, jangkitan virus itu meningkat berbanding 22,133 kes semalam. Jangkitan harian tertinggi Covid-19 pernah direkodkan sejak awal 2020 lalu adalah pada 26 Ogos 2021…
-
Tak mahu vaksin tak apa, tapi jangan hasut orang lain – Khairy
“Jangan kacau orang lain yang hendak vaksinkan anak mereka,” demikian tegas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata, ketika ini lebih ramai ibu bapa yang yakin dengan vaksin untuk melindungi anak merrka. Beliau juga kesal ada pihak yang sanggup menyebarkan fitnah dengan menyatakan anaknya hanya dicucuk dengan angin untuk mempengaruhi orang lain. “Walaupun ada yang sebar…
-
PRN Johor diteruskan dengan SOP lebih longgar
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memaklumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh diteruskan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih longgar berbanding PRN Sarawak dan Melaka sebelum ini. Menteri berkenaan, Khairy Jamaluddin berkata ia berdasarkan kajian daripada KKM yang mengambil kira kesan varian Omicron terhadap kesihatan awam dan liputan vaksinasi negara yang tinggi pada masa ini membolehkan SOP…
-
19,090 kes baharu Covid-19, tertinggi dalam 149 hari
JANGKITAN baharu Covid-19 negara melonjak lagi kepada 19,090 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,975,422 kes. Angka yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam 149 hari, sejak 15 September tahun lalu. Berdasarkan perbandingan situasi kes Covid-19 semalam, sebanyak 17,134 kes telah dilaporkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkongsi pada…
-
13 kematian terkini akibat Covid-19
SEBANYAK 13 kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan korban meningkat kepada 32,056. Kementerian Kesihatan melaporkan tiga kematian direkodkan di Selangor, diikuti Kelantan (2), Perak (2), Sabah (2), Kedah (1), Pulau Pinang (1), Terengganu (1) dan Kuala Lumpur (1). Tiada kematian baru dilaporkan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sarawak, Labuan dan…
-
‘Tak boleh patah balik’, tiada lagi PKP, kata Muhyiddin
MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) sekali lagi menegaskan jaminan kerajaan tidak akan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) walaupun kes harian Covid-19 melonjak berikutan penularan varian Omicron. Menjawab soalan ketika sidang media hari ini, pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan tersebut tidak akan dipertimbangkan semula. “Tak boleh patah balik dah. “Saya fikir pengalaman yang sudah ada…
-
Kes baharu Covid-19 hampir cecah 14,000, dijangka akan terus meningkat
JANGKITAN baharu Covid-19 hari ini semakin meningkat melepasi angka 13,000 dengan 13,944 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,939,198 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow. “Data harian dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya menerusi ciapan Twitter di sini hari ini. Semalam,…
-
[VIDEO] PRN Johor: SOP berkempen harap dilonggarkan, untuk ketelusan demokrasi – Muhyiddin
PROSEDUR operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diharap dapat dilonggarkan dengan batas tertentu, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bekas Perdana Menteri itu berkata, kelonggaran SOP untuk berkempen yang bakal diumumkan itu bagi memastikan ketelusan demokrasi PRN di negeri itu. “Kemungkinan disebabkan oleh kelonggaran-kelonggaran ini, mungkin saya sendiri…