[VIDEO] PRN Johor: SOP berkempen harap dilonggarkan, untuk ketelusan demokrasi – Muhyiddin

0
239

PROSEDUR operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diharap dapat dilonggarkan dengan batas tertentu, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kelonggaran SOP untuk berkempen yang bakal diumumkan itu bagi memastikan ketelusan demokrasi PRN di negeri itu.

“Kemungkinan disebabkan oleh kelonggaran-kelonggaran ini, mungkin saya sendiri kerana saya ada kepentingan di situ, mengharapkan supaya ada kelonggaran untuk membolehkan sistem demokrasi berjalan dengan lebih telus. 

“Mereka yang terlibat dengan PRN Johor itu, parti mana sekalipun, diberikan peluang untuk berkempen tetapi ada batas-batas tertentu. Itu yang diharapkan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MPN yang kedua bagi Tahun 2022, pada Selasa.

Terdahulu, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, mencadangkan KKM dan Majls Keselamatan Negara (MKN) supaya dapat memberi sedikit kelonggaran kepada calon parti politik yang akan berkempen pada PRN Johor.

Kelonggaran itu sekurang-kurangnya meliputi kebenaran melakukan ‘walkabout’ (turun padang) supaya calon dapat berjumpa dengan pengundi, khususnya dalam kalangan kira-kira 750,000 orang muda berusia 18 tahun yang bakal menjalankan tanggungjawab mereka menjelang PRN Johor. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here