27,808 kes baharu Covid-19 semalam

0
386

KES baharu COVID-19 yang dicatatkan semalam adalah 27,808 menjadikan jumlah kumulatif setakat ini 3,166,023 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 27,705 orang atau 99.63 peratus berada dalam kategori satu dan dua manakala 103 kes atau 0.37 peratus kategori tiga, empat dan lima.

“Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 27,689 adalah kes tempatan manakala 119 lagi kes import,” katanya dalam kenyataan perkembangan COVID-19, hari ini.

Sebanyak 12,488 kes sembuh direkodkan menjadikan kumulatif kini 2,900,682, selain kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 235 orang dengan 132 memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata, 16  kluster baharu dikenal pasti dan jumlah kluster yang masih aktif adalah 486.

Beliau berkata kadar kebolehjangkitan (Rt) dalam negara adalah 1.27 dengan Labuan mencatat nilai tertinggi iaitu 1.99 diikuti Sarawak 1.50 dan Sabah 1.47 – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here