19,090 kes baharu Covid-19, tertinggi dalam 149 hari

0
481

JANGKITAN baharu Covid-19 negara melonjak lagi kepada 19,090 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,975,422 kes.

Angka yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam 149 hari, sejak 15 September tahun lalu.

Berdasarkan perbandingan situasi kes Covid-19 semalam, sebanyak 17,134 kes telah dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkongsi pada ciapan Twitter memaklumkan, daripada 19,090 kes hari ini, sebanyak 113 kes atau 0.59 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima manakala, 18,977 kes atau 99.41 peratus kategori satu dan dua.

Mengikut pecahan kategori pula, kategori satu sebanyak 4,898 kes (25.66 peratus), kategori dua sebanyak 14,079 kes (73.75 peratus), kategori tiga sebanyak 79 kes (0.41 peratus), kategori empat sebanyak 28 kes (0.15 peratus) dan kategori lima sebanyak enam kes (0.03 peratus). – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here