Tak mahu vaksin tak apa, tapi jangan hasut orang lain – Khairy

0
333

“Jangan kacau orang lain yang hendak vaksinkan anak mereka,” demikian tegas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ketika ini lebih ramai ibu bapa yang yakin dengan vaksin untuk melindungi anak merrka.

Beliau juga kesal ada pihak yang sanggup menyebarkan fitnah dengan menyatakan anaknya hanya dicucuk dengan angin untuk mempengaruhi orang lain.

“Walaupun ada yang sebar fitnah anak saya dicucuk angin, semakin ramai ibu bapa yakin dengan vaksin,” katanya menerusi ciapannya di Twitter pada Rabu.

Dalam pada itu, data dikongsikan Khairy turut menunjukkan liputan dan pendaftaran vaksin untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun meningkat sebanyak 24,967 pada Rabu yang membawa kepada 892,974 pendaftaran bagi PICKIDS.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan 70 peratus daripada empat juta kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima vaksin menjelang hujung Februari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here