PBB gesa Singapura hentikan hukuman mati berkait dadah

0
480

CABANG hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menggesa Singapura menghentikan pelaksanaan hukuman mati terhadap dua tahanan kesalahan dadah.

Gesaan dan amaran terhadap Singapura itu disuarakan berkaitan hukuman yang bakal dilaksanakan ke atas rakyat Malaysia dari Sabah, Pausi Jefridin dan warga negara pulau itu, Roslan Bakar yang ditahan pada 2008 dan disabitkan kesalahan dua tahun selepas itu atas kesalahan menyeludup dadah.

Pausi dan Roslan merupakan banduan bilik akhir sejak 12 tahun lalu, dan hanya dilaporkan bakal menjalani hukuman gantung Rabu lalu sebelum tarikh pelaksanaan hukuman seminggu selepasnya, pada 16 Februari.

PBB juga turut mendesak republik itu supaya menghentikan pelaksanaan hukuman mati.

“Pelaksanaan hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah adalah tidak selari dengan undang-undang hak asasi antarabangsa,” kata jurucakap PBB, Ravina Shamdasani kepada pemberita di Geneva. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here