Robinho diburu pihak berkuasa Itali

0
483

SATU waran tangkap telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa Itali terhadap pemain bola sepak Brazil, Robinho.

Laporan media Itali menyebut, waran tangkap antarabangsa terhadap Robinho itu dikeluarkan selepas dia disabitkan dengan kesalahan merogol.

Pejabat Pendakwa Raya Milan mengemukakan waran berkenaan kepada Kementerian Kehakiman untuk menahan Robson de Souza, juga dikenali sebagai Robinho.

Robinho, bekas pemain di barisan penyerang Brazil, telah dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun kerana bersalah melakukan serangan seksual di sebuah parti di kelab malam Milan pada tahun 2013.

Sabitannya disahkan oleh Mahkamah Rayuan Milan pada tahun 2020 manakala mahkamah agung mengekalkan sabitan pada pada Januari.

Robinho, 38, bermain untuk beberapa pasukan terbaik pada sepanjang kariernya, termasuk Real Madrid dan Manchester City.

Dia muncul dalam 99 perlawanan untuk pasukan kebangsaan Brazil, dengan menjaringkan 28 gol. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here