Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
judi Archives -

Tag: judi

  • Sindiket judi dalam talian: 11 lelaki warga asing ditahan

    Sindiket judi dalam talian: 11 lelaki warga asing ditahan

    TAKTIK sindiket perjudian dalam talian yang berselindung di sebalik sebuah kondominium mewah di Salak Selatan, Cheras, Kuala Lumpur terbongkar selepas 11 lelaki warga asing diberkas polis pada Khamis. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menahan 11 lelaki berusia 20 hingga 29 terdiri daripada seorang penyelia manakala selebihnya bertindak sebagai pegawai…

  • Polis buru tiga suspek bantu selesai kes tembak di Bachok

    Polis buru tiga suspek bantu selesai kes tembak di Bachok

    POLIS Kelantan sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang lelaki berumur 27 tahun cedera di kaki kanan akibat terkena tembakan dalam kejadian di Kampung Tepus dekat Gunong, Bachok, semalam. Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya menerima laporan daripada Pegawai Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian yang membuat…

  • Tujuh warga asing ditahan ketika leka berjudi

    Tujuh warga asing ditahan ketika leka berjudi

    SERAMAI tujuh lelaki warganegara asing ditahan ketika leka bermain judi dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Lukut Cina, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, tangkapan melibatkan suspek berusia 24 hingga 34 tahun itu dilakukan pada pukul 10.50 malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)…

  • Tiada permohonan baharu lesen premis judi, loteri di Perlis

    Tiada permohonan baharu lesen premis judi, loteri di Perlis

    KERAJAAN negeri setakat ini tidak menerima sebarang pemohonan baharu bagi pembukaan premis perjudian dan loteri, kata Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Fakhrul Anwar Ismail. “Kerajaan negeri mempunyai perancangan ke arah pelaksanaan untuk menghentikan operasi premis perjudian dan loteri sepertimana yang telah dinyatakan oleh Menteri Besar Mohd Shukri Ramli pada Majlis Amanat Menteri Besar Bersama Penjawat…

  • Perlis ikut langkah Kedah tutup premis judi

    Perlis ikut langkah Kedah tutup premis judi

    KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) Perlis bakal mengikut jejak langkah kerajaan Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam menutup operasi premis perjudian. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, kerajaan negeri dalam proses meneliti pelbagai sudut sebelum mengumumkan perkara tersebut. “Saya yakin langkah menutup premis judi bukan sahaja memberi manfaat dan kebaikan kepada orang Islam sahaja, malah kepada…

  • Op Limau: 905 individu ditahan disyaki terlibat perjudian

    Op Limau: 905 individu ditahan disyaki terlibat perjudian

    POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan 905 individu di seluruh negara menerusi Op Limau kerana disyaki terlibat dalam perjudian dengan jumlah rampasan dianggar bernilai RM513,793. Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata kesemua tangkapan itu membabitkan 137 serbuan bagi tempoh 15 hingga 29 Jan lepas. Beliau berkata daripada 905 individu ditahan, 650 melibatkan judi dalam bangunan manakala…

  • Pakar ekonomi, mufti tepis kebimbangan penutupan pusat judi di Kedah

    Pakar ekonomi, mufti tepis kebimbangan penutupan pusat judi di Kedah

    KEPUTUSAN Kedah untuk menutup operasi premis judi di negeri itu dijangka tidak akan mendatangkan sebarang impak negatif atau menjejaskan pendapatan kerajaan negeri, kata pakar ekonomi. Menurut Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Putra Business School Ahmed Razman Abdul Latiff, langkah itu dipercayai hanya akan memberi impak minimum terhadap ekonomi negeri utara itu memandangkan golongan bukan…

  • Dewan Ulama PAS seru kerajaan pusat contohi Kedah tamatkan operasi judi

    Dewan Ulama PAS seru kerajaan pusat contohi Kedah tamatkan operasi judi

    DEWAN Ulama PAS menyeru kerajaan persekutuan mengikuti langkah kerajaan Kedah yang tidak memperbaharui lesen judi, menjadikan tiada lagi premis perjudian dan loteri beroperasi di negeri itu bermula tahun ini. Ketuanya Datuk Ahmad Yahaya berkata tidak cukup bagi kerajaan persekutuan sekadar menurunkan cabutan khas nombor ramalan daripada 22 kali kepada lapan kali setahun. “Dewan Ulama PAS…

  • PN nafi guna duit judi, sedia jadi pembangkang dan ambil alih kerajaan – Hamzah

    PN nafi guna duit judi, sedia jadi pembangkang dan ambil alih kerajaan – Hamzah

    PERIKATAN Nasional (PN) secara tegas menafikan tuduhan bahawa gabungan itu menerima dana politik daripada hasil perjudian ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya mengeluarkan tuduhan dan persepsi buruk terhadap Kerajaan sebelum ini. Jelas Ahli Parlimen Larut itu, jika benar berlaku pelanggaran,…

  • Lelaki terlibat judi atas talian Piala Dunia didenda RM2,000

    Lelaki terlibat judi atas talian Piala Dunia didenda RM2,000

    SEORANG ejen hartanah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan, hari ini, atas pertuduhan membuat pertaruhan judi atas talian kejohanan bola sepak Piala Dunia. Tertuduh, Tan Kai Sen, 19, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan, Tan didapati bermain judi pertaruhan Piala Dunia Qatar…