Tag: Harga barang naik
-
[VIDEO] Harga roti Gardenia naik lagi, pengguna akui terbeban
PENGGUNA kesal apabila kerajaan membenarkan kenaikan harga roti Gardenia sekali lagi selepas kenaikan pada Disember tahun lalu. Tinjauan SatuBerita di sekitar Eco Grandeur Bandar Puncak Alam, mendapati rata-rata pengguna tidak senang dengan berita kenaikan harga produk tersebut yang menjadi asas kepada diet harian. Hanya mahu dikenali sebagai Fatehah, 22, berkata rakyat akan ‘terasa’ akibat kenaikan…
-
Isu bekalan telur ayam lebih mendesak – Mydin
KEKURANGAN besar-besaran bekalan telur ayam dalam pasaran tempatan adalah isu yang lebih mendesak ketika ini, berbanding bekalan ayam. Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, beliau telah menekankan masalah kekurangan bekalan telur ayam sejak tiga bulan lalu, namun kerajaan masih tidak menangani masalah itu. “Kekurangan bekalan telur ini perlu ditangani segera. Kerajaan sudah memberi…
-
Lakukan siasatan forensik rantaian bekalan kawal inflasi – Pakar ekonomi
KERAJAAN perlu melakukan siasatan forensik ke atas rantaian bekalan makanan bagi mencari kelompangan yang menyumbang kepada inflasi negara. Pakar ekonomi, Prof Madya Dr Ahmad Azrin berkata, siasatan tersebut perlu dilakukan secara senyap bagi menghasilkan penemuan berkualiti boleh dipercayai. “Perlu ada mekanisme baru untuk perhati dari awal proses rantaian bekalan sebelum sampai ke tangan pengguna (rakyat).…
-
[VIDEO] Harga sayur-sayuran, buah-buahan naik
Cili kampung dan timun antara sayuran yang dilihat mengalami kenaikan harga lebih 30 peratus sejak dua minggu lalu. Seorang peniaga sayur, Nor Suhaili, 48 berkata, kenaikan paling ketara apabila musim perayaan dan memang ada pelanggan yang tidak berpuas hati kerana peniaga menjual pada harga mahal, tetapi peniaga tiada pilihan kerana harga yang diterima juga sudah…
-
[VIDEO] Sayur kampung pun naik harga
SAYUR kampung pun naik harga. Tinjauan Sinar Harian di Pekan Sehari Temerloh pada Ahad mendapati harga sayuran terbabit seperti kerdas, jering ada dijual dengan harga RM5 manakala terung pipit, buah asam dijual RM3 sepiring dan maman RM6 seikat. Bagi seorang pesara, Mazidah Said, 58, mengakui terkejut dengan kenaikan harga sayur kampung. Menurutnya, kenaikan itu dapat…
-
[VIDEO] Kos sara hidup naik, ‘bom jangka’ ganggu prestasi mahasiswa
ISU kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang tidak dibendung boleh menjadi ‘bom jangka’ yang dibimbangi akan menganggu prestasi mahasiswa. Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa, Aliff Naif berkata, hal itu tidak mustahil jika mahasiswa terus terbeban dengan tekanan kenaikan kos sara hidup. “Isunya sekarang, macam mana cara golongan yang susah ini menampung kos…
-
[VIDEO] Kos sara hidup tetap meningkat
WALAUPUN kerajaan telah mengekalkan beberapa subsidi barangan tertentu, pengguna berpendapat kos sara hidup tetap meningkat kesan daripada kenaikan harga barangan lain. Tinjauan SatuBerita baru-baru ini mendapati pengguna masih menanti tindakan holistik kerajaan mengatasi masalah kos sara hidup yang terus meningkat setiap hari. Penjawat awam, Imran Harith, 45 menjangkakan kos sara hidup akan meningkat rentetan daripada…
-
Harga siling ayam RM9.40 terlalu tinggi untuk B40 – Subbarow
HARGA siling ayam standard yang ditetapkan kerajaan dengan harga RM9.40 berbanding RM8.90 sebelum ini dilihat sangat tinggi bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), NV Subbarow berkata, harga tersebut akan membebankan golongan tersebut melihat kepada keadaan ekonomi yang tidak menentu pada ketika ini. Menurutnya, kerajaan sepatutnya mempertimbangkan semula harga tersebut…
-
[VIDEO] Harga barang naik: Apa boleh beli dengan RM100?
KENAIKAN harga barangan keperluan harian menyebabkan rakyat kini perlu berbelanja dengan lebih berhati-hati. Jika dahulu RM100 sudah penuh satu troli, tetapi dengan inflasi yang ‘maha’ tinggi ketika ini, apakah nilai RM100 terhadap perbelanjaan harian rakyat Malaysia? Tinjauan SatuBerita di sebuah pasar raya mini di sekitar Damansara, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, mendapati nilai RM100 sangat kecil…
-
Mampukah rakyat harungi bulan Julai?
Oleh MOHD AZAM MOHD ATAN KEPUTUSAN kerajaan menarik subsidi minyak masak botol 3 hingga 5 kilogram (kg) mulai 1 Julai ini ternyata mengundang perasaan marah banyak pihak kerana ia dilaksanakan dalam keadaan ekonomi rakyat masih belum pulih sepenuhnya. Sungguhpun kerajaan mengatakan ia bagi memastikan bekalan bahan makanan itu stabil dalam pasaran, ia bukanlah justifikasi sewajarnya…