Tag: Bung Moktar Radin
-
Krisis politik Sabah: Bung Moktar dakwa ‘game still on’
PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan kemelut politik susulan langkah digerakkan beliau untuk menarik balik sokongan kepada pentadbiran pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor, belum bernoktah. “Game still on (tindakan masih berterusan),” katanya mengulas dakwaan Hajiji mempunyai sokongan majoriti membabitkan 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk kekal memimpin sebagai Ketua…
-
Tangani segera kemelut politik Sabah, elak rakyat bosan – Veteran politik
SUASANA politik Sabah yang kembali bergolak selepas tenang seketika dikhuatiri membuatkan rakyat bosan dengan kepemimpinan politik. Veteran politik, Gaibin Ransoi, 66, berpendapat rakyat akan bosan apabila pemimpin politik yang sudah membentuk kerajaan yang dikatakan stabil, namun gagal mencapai kata sepakat dalam mentadbir negeri. Katanya, rakyat juga bimbang jika kemelut politik yang tercetus berlanjutan lama atau…
-
5 ADUN Sabah desak Bung Moktar letak jawatan
LIMA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) mendesak supaya Datuk Seri Bung Moktar Radin meletakkan jawatan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dengan serta-merta. Desakan itu dibuat menerusi satu kenyataan yang diketuai ADUN Tanjung Keramat, Datuk Ir Shahelmey Yahya bersama ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya; ADUN Sugut, Datuk James Ratib; ADUN…
-
Umno, BN Sabah tarik balik sokongan kepada Hajiji
Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin mengumumkan parti itu dan Barisan Nasional (BN) menarik balik sokongan mereka kepada Ketua Menteri Hajiji Noor. Katanya, keputusan itu dibuat selepas mendapati pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu melanggar perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional (PN) yang dimeterai selepas pilihan raya negeri (PRN) pada 2020. “Penubuhan kerajaan negeri Sabah…
-
Kabinet Sabah dirombak, Bung dijangka jadi ‘korban’ selepas cubaan rampas kuasa gagal
KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, akan merombak Jemaah Menteri selepas cubaan menggulingkan pentadbiran GRS semalam gagal menjadi kenyataan. Timbalannya, Datuk Bung Moktar Radin, yang dikaitkan dengan cubaan itu dijangka menjadi korban dalam rombakan itu. Menurut sumber yang dekat dengan Hajiji, ada kemungkinan ketua UMNO Sabah itu digugurkan, bersama Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Negeri,…
-
Prosiding bela diri Bung Moktar, Zizie Izette tangguh
PROSIDING hari pertama bela diri Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad bagi kes rasuah RM2.8 juta pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad di Mahkamah Sesyen di sini, ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan (COA) di Putrajaya. Ia selepas Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan…
-
Kes rasuah RM2.8 juta: Selasa depan tentukan tarikh bela diri Bung Moktar, Zizie Ezette
MAHKAMAH Sesyen di sini akan menetapkan pada Selasa depan tarikh perbicaraan bela diri Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, atas tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta. Peguam mewakili Zizie Izette, Datuk K Kumaraendran, berkata tarikh itu akan diputuskan Hakim Rozina Ayob yang memerintahkan pasangan terbabit…
-
Pengumuman Kabinet baharu pinggirkan BN Sabah – Bung Moktar
PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menzahirkan kekecewaan terhadap pengumuman barisan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 8.15 malam yang menyaksikan tiada seorang pun Ahli Parlimen BN Sabah yang dilantik sebagai menteri penuh bagi mewakili negeri itu. Keputusan Anwar itu, menurut Bung, seolah-olah meminggirkan BN Sabah…
-
Semak keputusan Mahkamah Sesyen: Zizie Izette mohon kes didengar bersama permohonan Bung Mokhtar
DATIN Seri Zizie Izette Abdul Samad memohon supaya notis usul difailkannya bagi menyemak keputusan Mahkamah Sesyen, yang memerintahkan pelakon itu membela diri atas pertuduhan rasuah RM2.8 juta, didengar bersama permohonan suaminya Datuk Seri Bung Moktar Radin di hadapan hakim sama di Mahkamah Tinggi di sini. Peguam Datuk K. Kumaraendran yang mewakili Zizie Izette berkata pihaknya…
-
Bung Moktar, isteri diarah bela diri kes rasuah RM2.8j
MAHKAMAH Sesyen hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad membela diri atas tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta. BH Online melaporkan Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pasangan suami isteri berkenaan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan…