Tag: bola sepak
-
Kapten United terima ancaman bom
POLIS memeriksa rumah Harry Maguire, selepas kapten Manchester United itu menerima ancaman bom. Pertahanan England itu yang tinggal bersama tunang serta dua anaknya, berdepan musim yang sukar bersama kelab dan negara, namun setakat ini tidak diketahui siapa yang membuat ancaman berkenaan. Rumah pemain berusia 29 tahun itu diperiksa polis Cheshire bagi memastikan keselamatannya. “Dalam tempoh…
-
Liverpool, City lepasi halangan ke separuh akhir Liga Juara-Juara
JURGEN Klopp mengakui dia lega melihat Liverpool menempah pertemuan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Villarreal ketika kelab yang mengejar empat kejuaraan itu terselamat apabila seri 3-3 menentang Benfica. Skuad kendalian Klopp menyertai senarai kelompok empat terakhir apabila seri 3-3 pada suku akhir kedua di Anfield, pagi tadi. Mereka mengawal sebahagian besar aksi di Anfield tetapi…
-
Maaf, tetapi ini bukan pengakhirannya – Pan Gon
“MAAF atas keputusan ini tetapi ini bukanlah pengakhirannya,” kata pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon. Bagi penyokong Malaysia, tiada apa yang perlu diratapi atas kekalahan skuad kebangsaan di tangan Singapura, apatah lagi Pan Gon menegaskan dia cukup berbangga dengan persembahan yang ditunjukkan anak buahnya, malam tadi. Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan tipis 2-1 kepada…
-
Malaysia atasi Filipina, sentuhan Pan Gon mula tunjuk impak positif
SKUAD Harimau Malaya memulakan era baharu di bawah Ketua Jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan Gon dengan bergaya apabila menewaskan Filipina 2-0 pada aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1, Saingan Tiga-Negara FAS yang didominasi sepenuhnya pasukan negara, malam ini. Pada aksi di Stadium Nasional di Singapura itu, pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Akhyar Abdul Rashid muncul pemain paling…
-
Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Serbegeth Singh
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga legenda bola sepak negara Serbegeth Singh yang meninggal dunia semalam. Turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas pemain kebangsaan yang lebih dikenali sebagai Shebby Singh ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Menerusi catatan di Facebook Istana…
-
Serbegeth Singh meninggal dunia
LEGENDA bola sepak negara, Serbegeth Singh meninggal dunia, petang tadi. Perkembangan sedih itu disahkan oleh rakan mendiang yang juga jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah. Memetik laporan BH, difahamkan Serbegeth, 61, yang lebih mesra disapa Shebby itu terkena serangan jantung ketika berbasikal di Johor. Sebagai rekod, Serbegeth yang beraksi di bahagian pertahanan beraksi buat skuad kebangsaan…
-
Cheng Hoe lepas jawatan Ketua Jurulatih Harimau Malaya
KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe telah melepaskan jawatannya berikutan “kegagalan melangkah ke pusingan separuh akhir Piala AFF 2020” di Singapura bulan lepas, demikian menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini. Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata Cheng Hoe telah menyatakan hasrat untuk berundur ketika mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan FAM,…
-
Piala AFF: Harimau Malaya bergelut dengan corak intensiti tinggi lawan – Cheng Hoe
KETUA jurulatih, Tan Cheng Hoe mengakui ketidakupayaan berdepan dengan corak permainan intensiti tinggi pasukan Indonesia adalah faktor utama Harimau Malaya kalah 1-4 kepada musuh tradisi mereka dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF 2020 malam tadi. Cheng Hoe menegaskan anak buahnya gagal bangkit dalam perlawanan wajib menang untuk layak ke separuh akhir, walaupun beraksi baik…
-
Kerjasama FAM-Milo diharap mantapkan pembangunan bola sepak akar umbi
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap untuk memantapkan lagi ekosistem perkembangan sukan berkenaan di peringkat akar umbi menerusi jalinan kerjasama dengan Milo. Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin berkata menerusi kerjasama itu kedua-dua pihak mahu mengembangkan bola sepak menerusi penekanan terhadap pembangunan di peringkat akar umbi dan asas kejurulatihan. Beliau berkata menerusi kerjasama lima tahun sehingga…
-
10 lelaki ditahan rusuhan bola sepak di Labuan
POLIS Labuan hari ini menahan 10 lelaki selepas berlakunya kejadian rusuhan yang melibatkan penyokong dan pemain ketika satu perlawanan bola sepak di Kompleks Sukan Labuan semalam. Timbalan Ketua Polis Labuan, Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Ghani berkata kesemua lelaki tempatan berusia antara 17 dan 36 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan pada satu perlawanan bola sepak bawah…