Maaf, tetapi ini bukan pengakhirannya – Pan Gon

0
582

“MAAF atas keputusan ini tetapi ini bukanlah pengakhirannya,” kata pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon.

Bagi penyokong Malaysia, tiada apa yang perlu diratapi atas kekalahan skuad kebangsaan di tangan Singapura, apatah lagi Pan Gon menegaskan dia cukup berbangga dengan persembahan yang ditunjukkan anak buahnya, malam tadi.

Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan tipis 2-1 kepada Singapura pada aksi persahabatan antarabangsa Siri Tiga-Negara FAS 2022 di Stadium Nasional.

Penyerang muda berusia 22 tahun Ikhsan Fandi, yang juga anak kepada legenda bola sepak Singapura Fandi Ahmad, menjadi watak utama pada aksi Derbi Seberang Tambak itu, apabila menjaringkan dua gol bagi skuad Singa di bawah kendalian jurulatih sementara Nazri Nasir.

Pan Gon, yang memulakan kempen dengan kemenangan 2-0 ke atas Filipina pada Rabu lalu, perlu melakukan banyak lagi kerja, walaupun secara amnya skuad negara menunjukkan peningkatan, berbanding Piala AFF 2020 pada Disember lalu.

Pada aksi malam tadi, Pan Gon hanya melakukan dua pertukaran dalam kesebelasan utama, dengan membawa masuk kapten Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Safawi Rasid, menggantikan Ahmad Khuzaimi Piee di pertahanan tengah dan Arif Aiman Hanapi di serangan.

Skuad negara yang bermula garang, hampir membuka jaringan seawal 38 saat, namun percubaan Safiq Rahim tersasar sedikit di sebelah kiri gawang Singapura.

Safiq sekali lagi mendapat peluang untuk membuka jaringan, selepas menerima hantaran daripada Safawi pada minit ke-20, namun percubaan itu berjaya ditepis keluar oleh penjaga gawang Hassan Sunny.

Bagaimanapun, pasukan tuan rumah berjaya memecahkan kawalan anak buah Pan Gon dengan terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-30, apabila Ikhsan menolak masuk hantaran silang pendek daripada pemain kelahiran Korea Selatan, Song Ui-young.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here