Serbegeth Singh meninggal dunia

0
262

LEGENDA bola sepak negara, Serbegeth Singh meninggal dunia, petang tadi.

Perkembangan sedih itu disahkan oleh rakan mendiang yang juga jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah.

Memetik laporan BH, difahamkan Serbegeth, 61, yang lebih mesra disapa Shebby itu terkena serangan jantung ketika berbasikal di Johor.

Sebagai rekod, Serbegeth yang beraksi di bahagian pertahanan beraksi buat skuad kebangsaan bermula 1982 hingga 1991.

Mendiang pernah beraksi dalam tiga Sukan Asia pada 1982, 1986 dan 1990 selain pernah memenangi pingat emas ketika Sukan SEA 1989.

Di peringkat kelab, dia pernah bersama Johor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak.

Selepas bersara sebagai pemain, dia pernah berkhidmat sebagai penasihat global di Blackburn Rovers pada 2012. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here