Saya akan merindui awak – Khairy

0
36

PEMERGIAN legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh jelas mengejutkan banyak pihak termasuk Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan mengakui amat merasai pemergian legenda itu kerana kedua-duanya pernah bekerjasama dalam program realiti televisyen, MyTeam.

“Selamat berehat Shebby. Betapa hebatnya perjalanan kita bersama. Saya akan merindui awak, sahabat saya,” kata Khairy di Instagram Story berserta gambar pasukan MyTeam yang menyaksikan Shebby membimbing pasukan itu.

Serbegeth yang mula menyarung jersi negara dalam kejohanan Piala Presiden Korea Selatan pada 1982 meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berbasikal di Iskandar Puteri, petang tadi.

Mendiang yang lebih mesra disapa Shebby mengumpul 61 kap sehingga persaraannya selepas beraksi menentang England di Stadium Merdeka pada 1991.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here