Kapten United terima ancaman bom

0
310

POLIS memeriksa rumah Harry Maguire, selepas kapten Manchester United itu menerima ancaman bom.

Pertahanan England itu yang tinggal bersama tunang serta dua anaknya, berdepan musim yang sukar bersama kelab dan negara, namun setakat ini tidak diketahui siapa yang membuat ancaman berkenaan.

Rumah pemain berusia 29 tahun itu diperiksa polis Cheshire bagi memastikan keselamatannya.

“Dalam tempoh 24 jam, Harry menerima ancaman serius di rumah keluarganya,” kata jurucakap Maguire.

“Dia sudah membuat laporan kepada polis yang kini menyiasat kejadian itu.

“Keselamatan keluarga dan mereka yang berada di sekelilingnya adalah keutamaan nombor satu Harry.

“Dia akan terus bersedia bagi menghadapi jadual perlawanan hujung minggu ini secara normal dan kami tidak akan memberi komen lanjut buat masa ini,” katanya.

Polis Cheshire berkata: “Pada Rabu 20 April, Polis Cheshire menerima panggilan yang melaporkan ada ancaman bom di satu alamat dekat kawasan Wilmslow, di England.

“Tiada individu dibawa keluar tetapi langkah keselamatan diambil polis dengan menghantar anjing pengesan bahan letupan ke alamat itu pada petang kejadian, Khamis 21 April, dan melakukan penggeledahan di sekitar taman dan kawasan itu.” – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here