Tag: BERSATU
-
Kami tak cadang bawa usul undi tak percaya, kata pemimpin Bersatu
AHLI Parlimen Bersatu tidak bercadang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kerajaan perpaduan pada sidang Dewan Rakyat bulan ini, kata Ketua Penerangannya, Datuk Razali Idris. Beliau berkata, tiada perbincangan mengenainya di peringkat parti setakat ini berkaitan angka yang diperlukan untuk menjatuhkan kerajaan. Razali juga menafikan Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin pernah membuat kenyataan mempunyai majoriti mencukupi…
-
PRN: Pas-PN dijangka menang besar di Terengganu, BN-PH harap masih ada peluang
OLEH Lazim Endut PAS bersama gandingan Bersatu dan Gerakan dalam Perikatan Nasional (PN) dijangka menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu yang bakal diadakan pada Jun atau Julai ini. Manakala Barisan Nasional (BN) bersama ‘pasangan’ baharunya, Pakatan Harapan (PH) pula mengharapkan masih ada peluang untuk menawan negeri itu daripada Pas. Dalam beberapa siri…
-
Bersatu cabar Johari isytihar empat kerusi Parlimen Sabah kosong
BERSATU telah memfailkan permohonan untuk memulakan tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Speaker Datuk Johari Abdul dan yang lain ketika parti itu cuba mengosongkan empat kerusi Parlimen di Sabah. Memetik laporan FMT, dalam permohonannya pada 17 April untuk memulakan semakan kehakiman, Bersatu berkata keputusan Johari untuk tidak mengosongkan kerusi Ahli Parlimen Papar, Batu…
-
Beku akaun sukarkan operasi Bersatu – Faizal
TINDAKAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita dua akaun bank parti Bersatu akan menyulitkan operasi parti itu. Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ketika akaun itu dibekukan Januari lalu, pihaknya memohon agar SPRM melepaskan sejumlah wang untuk tujuan operasi seperti membayar gaji dan sewaan pejabat. Bagaimanapun, katanya, ia tidak mendapat maklum balas positif…
-
UMNO perlu lebih kuat daripada Bersatu, PAS, kata Kit Siang
VETERAN DAP Lim Kit Siang berkata beliau hanya mahukan yang terbaik untuk UMNO menjelang PRN akan datang bagi memastikan kerajaan perpaduan bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya. Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Iskandar Putri itu berkata jika bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menerima pengampunan, ia akan menjejaskan sokongan pengundi UMNO dan bukannya…
-
Armada Bersatu lapor polis maklumat siasatan bocor melibatkan Menteri UMNO
Sayap pemuda Bersatu membuat laporan polis hari ini bagi menyiasat melibatkan dakwaan seorang Menteri UMNO berkaitan siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Laporan Armada Bersatu itu memohon supaya siasatan dibuka terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said berhubung surat yang dihantar kepada pasukan peguam Datuk Seri Najib…
-
Pindah minyak tanpa kebenaran, kapal tangki, tug bot ditahan
Oleh WARTAWAN SATU BERITA AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah kapal tangki serta tug bot selepas didapati melakukan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal (STS) tanpa kebenaran pukul 2.10 petang semalam. Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, pihaknya mengesan sebuah kapal tangki MT Mekar…
-
Konsep Madani dalam kerajaan campuran PH-BN belum kelihatan – Mahathir
KERAJAAN campuran Pakatan Harapan – Barisan Nasional (PH-BN) diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim belum mampu memperlihatkan konsep Madani dalam pentadbiran mereka. Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Wilayah, Mahathir Mohd Rais berkata, sebaliknya lebih banyak langkah kerajaan yang menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat seperti meneruskan amalan lapuk iaitu lantikan politik. “Salah satu manifestasi yang paling ketara…
-
Mansuh pelepasan cukai SSPN, musnah galakan menabung – Wan Saiful
MEMANSUHKAN pelepasan cukai bagi pencarum Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) disifatkan satu tindakan yang bakal memusnahkan galakan menabung rakyat pada masa hadapan. Ahli Majlis Tertinggi BERSATU Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, tindakan kerajaan memansuhkan pelepasan cukai itu menyebabkan rakyat khususnya anak muda akan terus bergantung membuat hutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Katanya,semasa menjawat…
-
Pendakwaan berhasrat pindah kes rasuah Adam Radlan
PIHAK pendakwaan memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini pada Khamis bahawa mereka berhasrat untuk memindahkan dua pertuduhan kes rasuah berjumlah RM4.1 juta berhubung projek Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen Shah Alam membabitkan Adam Radlan Adam Muhammad ke mahkamah Kuala Lumpur di sini. Semasa prosiding di hadapan Hakim Azura Alwi, Timbalan Pendakwa Raya, Maziah Mohaidi berkata, sebutan…