Armada Bersatu lapor polis maklumat siasatan bocor melibatkan Menteri UMNO

0
192

Sayap pemuda Bersatu membuat laporan polis hari ini bagi menyiasat melibatkan dakwaan seorang Menteri UMNO berkaitan siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Laporan Armada Bersatu itu memohon supaya siasatan dibuka terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said berhubung surat yang dihantar kepada pasukan peguam Datuk Seri Najib Razak.

Surat tular tersebut didakwa dihantar Azalina dengan mengatakan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah melanggar Kod Etika Hakim ketika mendengar perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd bekas Perdana Menteri itu.

Laporan dibuat Penolong Setiausaha Armada Bersatu, Muhammad Faiz Rahmad di balai polis Dang Wangi, dengan diiringi Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan beberapa pemimpin yang lain.

Menyentuh perkara itu dalam laporannya, Faiz berkata SPRM tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat dakwaan pelanggaran Kod Etika Hakim.

Justeru, katanya, adalah jelas SPRM membocorkan butiran siasatan mereka kepada Azalina sebelum perkara itu didedahkan kepada media dan blog untuk memberi tanggapan palsu bahawa Nazlan membuat penghakiman yang tidak adil dalam menjatuhkan hukuman kepada Najib dalam kes SRC.

Menurut Faiz, ini adalah konspirasi untuk mencemarkan nama baik Nazlan dan menggambarkannya sebagai seorang yang tidak jujur.

Ia juga secara langsung mempersoalkan penghakimannya terhadap Najib, dan memusnahkan kepercayaan rakyat terhadap badan kehakiman, tambahnya.

Dalam laporan polis itu juga, Faiz turut memetik dua contoh kebocoran yang dikatakan berlaku – pertama adalah sumber daripada SPRM yang mengesahkan kepada media bahawa agensi antirasuah itu telah membekukan dua akaun milik Bersatu, dengan kira-kira RM40 juta di dalamnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here