Pendakwaan berhasrat pindah kes rasuah Adam Radlan

0
147

PIHAK pendakwaan memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini pada Khamis bahawa mereka berhasrat untuk memindahkan dua pertuduhan kes rasuah berjumlah RM4.1 juta berhubung projek Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen Shah Alam membabitkan Adam Radlan Adam Muhammad ke mahkamah Kuala Lumpur di sini.

Semasa prosiding di hadapan Hakim Azura Alwi, Timbalan Pendakwa Raya, Maziah Mohaidi berkata, sebutan bagi kes di Shah Alam ditetapkan pada 14 April depan.

“Pendakwaan berhasrat untuk memindahkan kes terhadap Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut itu ke Mahkamah Sesyen di sini,” katanya lapor Sinar Harian.

Dengan kata lain, dua pertuduhan di Shah Alam itu akan didengar bersama pertuduhan yang dibuat di sini.

Sementara itu, peguam, Datuk Seri Rajan Navaratnam yang mewakili ahli perniagaan itu tidak membantah cadangan terbabit.

Azura kemudiannya menetapkan sebutan kes seterusnya dan serahan dokumen pada 29 Mei depan.

Pada 21 Februari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat itu dituduh di Mahkamah Sesyen di sini atas satu tuduhan meminta suapan iaitu wang tunai sejumlah 3.5 hingga tujuh peratus nilai projek yang akan diperoleh daripada Mat Jusoh Mamat merupakan Pengarah Urusan Syarikat MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd.

Dia turut didakwa atas satu tuduhan menerima suapan RM500,000 ke akaun CIMB Bank Berhad miliknya daripada individu sama sebagai upah kerana membantu syarikat tersebut mendapatkan surat sama bagi Projek Membina Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada kerajaan Malaysia secara rundingan terus yang jumlah keseluruhannya bernilai RM47.8 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here