Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
APMM Archives -

Tag: APMM

  • Tiga nelayan hilang ditemukan selamat di Thailand

    Tiga nelayan hilang ditemukan selamat di Thailand

    TIGA nelayan yang dilaporkan hilang semalam ditemukan selamat di Pantai Belawan dekat Tak Bai, Thailand pada pukul 2.32 petang hari ini. Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Komander Maritim Khairun Dalilah Baharin berkata bot tersebut didapati kehabisan minyak dan rosak serta perlu ditunda oleh Polis Marin Thailand hingga ke sempadan. “Bot tersebut…

  • Pegawai APMM Terengganu cedera ditetak nelayan Vietnam

    Pegawai APMM Terengganu cedera ditetak nelayan Vietnam

    SEORANG pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu cedera parah di kepala selepas ditetak dengan parang oleh nelayan Vietnam, kira-kira 11.30 pagi tadi. Kejadian itu berlaku ketika mangsa, Leftenan Muda Maritim Shakir Zufayri Azizul, 27, sedang menjalankan operasi di perairan bersama 18 lagi pegawai serta anggota APMM di lokasi 148 batu nautika dari Kuala Terengganu.…

  • APMM temu mayat lelaki terapung di perairan Lumut

    APMM temu mayat lelaki terapung di perairan Lumut

    SATU mayat lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terapung di sekitar perairan Kepulauan Sembilan di Lumut, sekitar jam 3.35 petang semalam. Menurut Pengarah Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (APMM) Perak, Kapten Maritim Mohd Hambali Ya’akup, pihaknya menerima aduan tersebut dari nelayan tempatan yang menemukan mayat berkenaan sebelum menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak. “Maritim Negeri Perak…

  • APMM selamatkan pemancing warga British terkandas di Pulau Lalang

    APMM selamatkan pemancing warga British terkandas di Pulau Lalang

    AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan berjaya menyelamatkan seorang pemancing warga British yang terkandas di Pulau Lalang, Melaka semalam. Pengarah Maritim negeri Kapten Maritim Iskandar Ishak berkata mangsa dikenali sebagai Russel Walter Boyd, 40, dan tinggal di Bangsar, Kuala Lumpur ditemukan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan selepas terkandas kira-kira tiga…

  • APMM Terengganu rampas rokok putih bernilai RM1.2 juta

    APMM Terengganu rampas rokok putih bernilai RM1.2 juta

    AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dua juta batang rokok putih bernilai RM1.2 juta di muara Sungai Setiu di Setiu, semalam. Pengarah Maritim Terengganu Kepten Maritim Khairulanuar Abdul Majid berkata aktiviti penyeludupan itu dikesan kira-kira 5.30 pagi berdasarkan maklumat risikan selama beberapa hari. Beliau berkata sebuah bot APMM telah dikerah bagi melaksanakan…

  • Bot karam di perairan Sarawak, bapa temu mayat anak

    Bot karam di perairan Sarawak, bapa temu mayat anak

    AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemukan mayat seorang nelayan tempatan, Wong Pak Wei, 30, yang dilaporkan hilang pada Isnin lepas susulan bot dinaikinya karam di laut berdekatan Tanjung Jerijih, kira-kira 477 kilometer (km) ke utara dari Kuching pagi tadi.  Pengarah APMM Zon Maritim Tanjung Manis Gilbert Tinggak Numpang berkata Maritim Rescue Sub Center (MRSC) Kuching menerima panggilan daripada…

  • APMM tahan 25 bot nelayan ceroboh, tangkap siput retak seribu

    APMM tahan 25 bot nelayan ceroboh, tangkap siput retak seribu

    AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis membuat 25 tangkapan di bawah Akta Perikanan 1985 sepanjang 2022 bagi membendung pencerobohan bot nelayan Thailand dan negeri lain yang membuat tangkapan siput retak seribu di perairan negeri ini. Exco Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Razali Saad berkata daripada 25 bot yang ditahan itu, 10…

  • Pasukan Selam Ranjau bantu SAR kesan anggota komando dikhuatiri lemas

    Pasukan Selam Ranjau bantu SAR kesan anggota komando dikhuatiri lemas

    PASUKAN Selam Ranjau KD Duyong, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggota komando dikhuatiri lemas di perairan Pulau Undan, Selasa lepas. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata pasukan tersebut akan membantu selaman di kawasan pengesanan sonar yang telah ditanda oleh…

  • SAR anggota komando tumpu guna sonar

    SAR anggota komando tumpu guna sonar

    OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) anggota komando yang dikhuatiri lemas di perairan Pulau Undan, Selasa lepas diteruskan hari ini dengan menumpukan penggunaan sonar oleh Tim Ukur Medan dari Cawangan Operasi dan Persempadan Pusat Hidrografi Nasional (PHN). Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata operasi SAR mangsa, Lans…

  • APMM tahan lima nelayan Indonesia ceroboh perairan

    APMM tahan lima nelayan Indonesia ceroboh perairan

    AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot bersama lima nelayan warga Indonesia yang disyaki menceroboh perairan negara untuk menangkap ikan di kedudukan 37.6 batu nautika barat daya Pulau Kendi, Georgetown malam tadi. Pengarahnya Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata pihaknya yang sedang menjalankan rondaan Op Tanjung dan Op Pertiwi menahan bot itu…