Tiga nelayan hilang ditemukan selamat di Thailand

0
138

TIGA nelayan yang dilaporkan hilang semalam ditemukan selamat di Pantai Belawan dekat Tak Bai, Thailand pada pukul 2.32 petang hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Komander Maritim Khairun Dalilah Baharin berkata bot tersebut didapati kehabisan minyak dan rosak serta perlu ditunda oleh Polis Marin Thailand hingga ke sempadan.

“Bot tersebut ditemukan 10 kilometer dari sempadan perairan Malaysia-Thailand.

“Ketiga-tiga mangsa dijangka tiba di Jeti Kuala Kemasin lewat petang ini,“ katanya kepada pemberita di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Kemasin, di Bachok hari ini.

Terdahulu, Bernama melaporkan tiga nelayan yang keluar memukat ikan di Kuala Kemasin di sini, dilaporkan hilang sejak 3 pagi semalam dipercayai selepas berlakunya ribut dan kabus tebal. –Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here